Wednesday 14 September 2011

yang dijanjikan.

Engkau dipulau, tapi apa sebabnya? kau mengutuk orang? maki orang? pijak orang? cara layanan kau buruk? atau kau yang buruk? ~ Tidak sekali terlintas dalam pemikiran aku. Mungkin kerana kau dianugerahkan kecantikan yang tidak diterima pandangan baik oleh orang yang cemburukannya. Kasihan pilu dibuatnya.

Selalu menjadi bahan perbualan, kutukan, tempat orang mengata, selamba sungguh! Jahanam sungguh keriatan mereka. Cukup tarian bagai sempurna..

Tersadai-sadai, tersipi-sipi keseorangan yang tiada teman untuk berdakap. Berlawanan jantina pula kau berkawan. Tidak ada hukum yang salah berkawan berlawanan jantina.

Mungkin tidak apa kerana kau mampu untuk mengukir senyum seperti sang puteri menunggu sang putera menciumnya dipagi hari. Yang sedihnya, bila sudah berkawan masih tetap didalam legaran hembusan buah perbualan orang sekeliling yang menyumpah kau yang sedu.

Jika mampu, kau cebis-cebis kau koyak-koyak mulut mereka yang tidak mengenal erti sakitnya bila dikata belakang senja. Hanya angin khabar yang datang memberitahu kau. Tangisan kau bukan disebabkan kutukan mungkin, tetapi perangai manusia seperti itu.

Lain jantina tempat kau mengenal untuk membina tembok senyuman. Kau cuba berkomunikasi dengan mereka. Ada yang menerima aku sebagai kawan.

Aku sungguh terharu bak kucing yang tersimpul malu. Bila sudah terjebak’, lain pula yang datang. Ada pula yang memainkan perasaan. Shit! Bukan itu yang kau mahu.

Kau hanya mahu tempat untuk kau bersadaikan “diri” melalui dua tanggapan. Setuju atau tidak setuju? Kegembiraan atau kesedihan?

~ Tiada niat untuk menyintai ataupun dijadikan teman disisi tetapi suka berkawan orang yang macam ini. Suka! Fikirannya lebih terbuka dari lakhnat yang hanya tahu meludah sana sini. Maaf! Ikut nafsu, memang mahu tapi tegarnya hati untuk menipu..

Hari-hari kau ingin ukir senyuman, bukan kerutan dahi bagai kerbau kelaparan disiang terik umpama menyondol pagi membawa kesakitan dipetang hari.

Kadang-kadang kau melihat orang berpasangan, kau cemburu mungkin. Kau terkebil-kebil pandangan. Kau berdendam perasaan untuk berlawan.

Kau pernah bertanya, kau mahu berdua dengannya tapi ~ jawapannya aku terima dengan terbuka. Bukannya aku tak mahu, tapi keinginan bersabar dulu. Kalau tidak, sudah lama aku mahu sebelum kau bertanyakan dulu. Bertegur dulu, baru tahu karenahnya yang manis itu..

Kau aku mungkin tidak mampu hanya sekadar melihat sudah tahu perangai manusia begitu. Mungkin rupa yang bertopengkan ‘semegal’ ataupun suci muka yang mempunyai cahaya jitu.

Ramai seperti itu, hanya sekadar pandangan lantas muncul pula tafsiran yang membabi buta mengata buruknya jasad berbau. Bukan main mencacat celanya, mengata menyumpah andai dikejut paksa dipagi yang sunyi kelam lagi. Apa yang disumpah pun tidak tahu.

Kental hati menemani kau, walaupun mata bergelimpangan air sebersih embun kayu bakau.

Jasad berdiri, berjalan, bercakap, kau menyimpan. Takut menjadi lagi. Dengan situasi yang stragis ini, kau tabah harungi dengan mencucuk jarum agar diliputi tahi telinga ini.

Kau masih ada kawan yang mampu meneman walaupun dilewat malam kelam. Ada!

Kau aku tiada beza,
Kulit warna bukan nafsuan,
Tinggi rendah bukan ukuran,
Bahasa digunakan sama sahaja,
Yang membezakan hanya pertuturan dan pemikiran.

Sunday 11 September 2011

Hentian tergugup

Nota yang tiada noktah. Hanya diakhiri dengan tanda seru dan tanda soal. Setiap perhentian diakhiri dengan tarikan nafas yang tersedu-sedu.

Aku muntah kembali. Buang segala apa yang aku mahu buang lalu tarikan graviti berlaku didalam sarang dimana tempatnya berfikir yang lunas dan tertib menyusun.

Aku buang pemikiran yang menggenggam kutu darah yang kotor. Tergugup-gugup, terkebil-terkebil. Pertuturan yang tiada henti apabila ianya kosong. Kosong!

Aku hanya mahu memenuhi saraf pemikiran dengan kata-kata indah. Bukan caci makian yang terlekat ditepinya.

Kata-kata umpama doa. Jangan kau berhenti kerana kebaikan, harus berhenti kerana keburukan. Pertuturan dan ungkapan kau yang tergugup-gugupkan, kau lakukan dengan kata-kata makian.

Think deep in yourself.