Tuesday 31 July 2012

Biasa yang berguna

Jam 9.35 malam.
Bertiga dan borak bersama seorang penjaja tegar.
Bercerita kisah mudanya yang punya kegemilangan gelap.
Patuh akur pada cinta yang hampir putus disebabkan kawan sialan.
Dan jawapan ini yang diberi.

"not all the time, a joke is intended make we laugh, but sometimes it is intended to make we think."

Penjaja habis bercerita dan sambung jual menjual.
Kami bertiga senyap, bangun, beli dan ucap terima kasih.

Friday 20 July 2012

Rules?


Hidup ini mudah seperti menganyam ketupat. Tapi aku tak pandai menganyam. Jadi hidup aku payah?

Sunday 15 July 2012

Mana satu, atau.


Kau memandang, aku memandang. 
Kau mengangkat tangan, aku mengangkat tangan. 
Kau bermuncung mulut, aku bermuncung mulut. 
Kau tersenyum, aku tersenyum. 
Kau seakan malu, aku seakan malu. 

Mereka tersenyum, padahal cuma kita. 
Jadi mana satu kekeliruan, atau penipuan? 
Kau atau aku, atau mereka ini?

Friday 13 July 2012

Mulanya penipuan.


Kita berjalan akan berjumpa kawan. Ramai kawan. 
Diantara keramaian itu, pelbagai dinamakan kawan.

Kawan baik, 
Kawan biasa, 
Kawan kutukan, 
Kawan sialan,
Kawan musuhan, 
Kawan gaduhan. 

Itu semua tidak kisah. Ia tetap dalam lingkungan kawan. Peduli apa. Cuma bila berada dalam keramaian itu, kita perlu keluar sekejap, sementara, atau selamanya untuk bersendiri. Bukan malu, sombong atau apa. Kadang-kadang kita perlukan masa untuk bersendiri agar kita kenal kehidupan kita untuk dilalui. Dari kita suka menilai kehidupan orang lain. Itu bukan kerja kita.