Monday 23 December 2013

Diminta minta, jangan berubah.

Datangnya seorang kawan, dengan raut wajah kesedihan.
Ingin berkongsi sekawan perasaan, lagi ralit kecamuk.

Jadi, aku berkawan dengan perasaannya.
Aku diam, tenung, kusut dan gagal.

Mulutnya galak mencanang kata kata kerendahan hati.
Payah dihadam, seribu kata katanya yang terlontar.
Bercerita yang belum tentu jumpa dasar dan jejak.
Katanya sering tersangkut sangkut akan tangisan.

Ditenung, dan faham.
Kata katanya seakan tersusun dari permulaan.
Dari manis ke pahit, dari pahala ke dosa.

Perlahan lahan merdunya.
Nah, kan aku ada.
Lepaskan semua.
Mentari masih akur pusing kitarannya.
Kita masih gigih dibawah kegelapan cahaya.

Diminta minta buat ceritanya.
Agar dapat mengangkat segala celaka harinya.

90.

Tuesday 17 December 2013

Ini terakhir, sepapan kehambaan.

Berwuduk, lengkapkan kewajipan.
Cukup lima, taruh riak setiap lakuan.
Tuhan benci kesombongan.
Bersila tamat salam.

Angkat arahan, telapak dihadap.
Kesayuan, ketegapan, fokus.

Dalam secebis bisikan doa, 
ada segaris nama purnama,
yang dipohon pada Allah.

Seandainya benar dia, memohon agar Allah permudahkan semua.
Diam diam, sampaikan salam rindu agar dia akan terus baik-baik sahaja.
Moga Allah menjaga dia dan keluarga, seperti mana Yang Esa menjaga hamba.

Amin.

Sunday 15 December 2013

Alam indah.

Aku, ombak.
Batu, kawan.
Waktu tepat, rindu emosi.
Gagal sekarang, angin kemenangan.
Hebat getar, pukulan laut yang tak penat untuk berlawan dengan persisiran pantai.
Yang aku dengar cuma angin kerinduan, ombak kerinduan.
Diraba perasaan, sehalus sentuhan dicicip kesedihan.
Waktunya sekarang selangkah noktah dilempar berjauhan.
Puing buih yang gemar beradu dengan pasir, semakin erat catuan.
Aku duduk melingkung ralit mendengar perbualan antara kawan.
Topik bertopik diceritakan, dan aku masih lalai setiap keberadaan.
Aku menikmati indahnya alam, membaca gerak tiupan ke atas pokok kekuatan.
Teringat kesedihan, merampas masa yang mahal dilingkaran waktu sang mantan.

Tuesday 10 December 2013

Kem

Aku dah tua atau semangat aku yang tua?
Tak apa, jam sekarang aku masih bertarung hadap masalah.
Bulan lepas tak usah diselongkar. 
Bulan sekarang, curi curi masa tidur selesaikan semua.
Biar dihentam perlahan lahan, ada saki masih dibekalkan.

Syukur, ya Tuhan.
4:36am.

Sunday 27 October 2013

Faham entah, hadap sakit.

Entah.
Entah apa.
Entah bagaimana.
Entah rupanya.

Hadap.
Hadap kenapa.
Hadap kesemua.
Hadap perilakunya.

Sakit.
Sakit diam.
Sakit lupa lupa.
Sakit seseorang.

Faham.
Faham tenaga.
Faham hilang.
Faham entah, hadap sakit.

Thursday 19 September 2013

Salah sendiri nampak, salah orang lain ?

Diam, bukan hendak tinggal.
Diam, bukan lari dari salah.
Diam, bukan budak budak.

Memahami untuk umur sekarang.
Bukan baling baling surat cinta lagi.

Bingai.

Monday 19 August 2013

Lemas

Sisa sisa kasih sayang musnah dilautan gelombang biru. Punah disetiap titis titis darah pekat lima. Hinggap rindu untuk membakar persis wanita kacuk. Kompilasi penjuru harapan akan qada hati. Sepadu alam gelap untuk sang mantan. Perkosa setiap aliran nafsu minda. Corak kebencian mengikut pakatan wisma globalisasi diri. Angsana hamba hendak dituju hijau. Sujud naluri beralas hampa dan dosa.

Friday 5 July 2013

Ketawa, gelak.

Megah suara, lantang suara.
Bunyi tak padat, tak mampat.

Dan aku suka ketawa sambil gelakkan diri sendiri.


Sunday 2 June 2013

Tinggi Kata Manusia

Pakaiannya lusuh, sering kotor. Makannya tak enak, kadang hasil pemberian orang. Diawal pagi mencari kotak, petang hari Kedai Ah Tong jual kotak. Biarkan kerja kotor, asalkan halal dan ini masih diperkatakan orang lain.

Sunday 19 May 2013

Tuan, jangan.

Hendaknya dikawal emosi macam kawal layang layang.
Mudah dibawah, gulung tarik talinya, pegang lepas talinya perlahan kasi tinggi.
Diatas entah tahu apa yang berlaku, ke kiri atau ke kanan. Hanya nampak layang layang.

Jika hidup dilakon dalam fantasi, apa benar dalam realiti semua tipu?
Pandai menipu atau sudah pro?

Marah tuan tak pernah reda. Marah tuan tak pernah kurang. Cuma tuan mengawalnya dengan baik. Silap hari, pasti tuan lepas. Ya, pastikan?

Monday 29 April 2013

Semyasi.

Amarahnya tak kena.
Terkelu santapan doa.
Tunduk diulik banyak.
Kata membasi siak.
Ligat mati separa.
Usik diinak janggal.
Terimaan sedih lagi.
Susunan dipohon tuli.
Bauan jilat udara.
Ubah riak muka.
Kilat membaca gerak.
Buntu kusut dinoda.
Pagi gelap pejam.
Malam terang buka.
Ungkal pancut luas.
Dimensi kosong sial.
Bunyi kuat bebek.
Enggan lanyak lemah.
Nama tinggi bolok.
Dosa bangga dunia.
Pahala lempar diam.

Sedar makin jauh dari agama. 
Walau solatnya lima waktu.
Usaha, tawakal tiada.
Resah bukan penamat.
Doa, sujud Yang Maha.

Wednesday 24 April 2013

Kibaran.

Banyak bendera lagi dipacak. Tak kira mana tempat dipacak. Diikat, dililit, dilekat, disambung, dilambung. Usaha keras diagih mengikut panji bertanding. Masing masing seakan bermusuhan. Berperang dengan emosi mahukan tempat. Besar atau kecik tetap akan berkibar. Mereka lupa bendera berkibar kerana Yang Maha Kuasa, bukan kuasa mereka.

Tuesday 26 March 2013

Langkah.

Detik yang singkat.
Tekad untuk berkata.
Hembus nafas panjang.
Dongak pada Tuhan.
Semberono pantas.
Realitas asyik.

Sebenarnya ini tidak lengkap. Jangan risau, aku sentiasa genggam tindanan dalam harian aku.

Sunday 17 February 2013

Kalau itu satu dosa.

Kalau tak jumpa jalan aku sendiri, macam mana aku nak bantu cari jalan orang lain?
Kalau tak yakin dengan diri sendiri, macam mana aku nak yakinkan orang lain?

Hidup ini mudah. Kita yang lakonkan. Bangun untuk dongak ke langit. Sayangnya muda-muda sudah lupa.
Allahu Rabbi.

Thursday 31 January 2013

Jumpa jalan.


Kejahatan manusia dimatikan dengan kematian. Baru manusia yang lain dapat hirup kebaikan. Bangggg! Mudahkan? Macam main cs. Cuma objeknya dibawa, namanya disapu manusia lain.

Jadi, jika benar manusia diberi peluang kedua, entah berapa ramai yang mahu. Mereka menganggap peluang sentiasa ada dimana mana, seakan budaya sana sini. Disana gayanya begini, disini gayanya begini. Cuma corak gayanya berbeza.

Peluang semuanya datang berbeza beza tapi itu diatas kemahuan dan usaha kita hendak berubah. Tapi tahu mereka, seolah mereka mampu berimaginasi apa yang hendak diubah. Perlu pakai watak ini, perlu letak sempadan perbualan, hias tembok diri dengan kemas. Ah, merepek imaginasi.

Tolak tepi, cuma kira seberapa ruang yang kau perlu? Jika manusia diberi hidup kali kedua dipentas dunia ini, berapa ramai yang mahu? Sudah puas untuk hidup yang sekali?

Ubah tak mudah. Beri aku jalan mudah untuk aku berubah. Agar aku tahu langit itu tinggi ke rendah.

Wednesday 2 January 2013

Kisah.

Kononnya tahun baru, ramai sambut berpakaian terdedah. Tapi jika berpakaian sopan pergi tempat terdedah?