Sunday 9 November 2014

Professor.

Ada orang bertutur dalam bahasa Melayu,
tetapi membanggakan bahasa asing,
bahasa asing lagi hebat,
bahasa Melayu bukan bahasa ilmu,
banyak ilmu tidak ada dalam bahasa Melayu,
bahasa Melayu terus dipandang rendah dan dihina,
tetapi mereka bertutur dalam bahasa Melayu?

Ha ha, aku ketawa.

| e |

Wednesday 29 October 2014

Sentuh sikit, rasa setahun.

Cantik, semuanya enak.
Ibarat langit membentang luas.
Jadi cantik, beres begini dan begitu.

Dan,

mulut macam gampang, perangai macam gampang.

masih ada orang suka,
masih ada orang minat,
masih ada orang sayang.

Sebab kau cantik.

Lagi satu,

Jadi orang baik, cakap baik, perangai baik,
Orang tetap akan hormat.

Orang baik tambah cantik. Jadi bonus tahunan yang hebat.

Tapi,

Cuba orang baik tapi hodoh amat,
Masih ada orang suka, minat, pandang atau hormat?


| teruskan dalam tahun, kawan |

Wednesday 6 August 2014

Selamat malam, sumpah manusia.

Selamat malam sumpah manusia.
Selamat malam tamak manusia.
Selamat malam penipu manusia.
Selamat malam sakit manusia.
Selamat malam tuan badan.
Selamat malam dunia.

Tiada ucap selamat malam dari bidadari.
Buat malam yang sendiri.

Thursday 10 July 2014

Benci yang terus.

Hari ini aku berjalan, redah kawasan. Kereta dipandu cermat kononnya.
1 kereta belok tak bagi signal, sabar.
2 kereta berhenti mengejut sebab silap jalan, sabar.
3 parking kereta penuh, sabar.
4 kaunter bayar deret memanjang, sabar.

Oh ya, sedang aku lagi berjalan ditegur kawan. Katanya lama tak berjumpa.
Lalu diserang terus dengan soalan, bila mahu berkahwin. haihhh.
Ini isu sensitif, sekolah agama bab-bab munakahat.
Dah kahwin, isteri harus dijaga betul.
Dah ada anak, pengurusan harus stabil.
Kang panjang lebar jika jawab pertanyaannya.
Bukannya nak tanya khabar atau ada masa free ajak makan ke apa.
Sekali betul tekaan, dia ajak lepak sama, makan sama, minum sama.

Dari tadi, lagu menceriakan suasana.
Tengok rupanya, dia lagi mengangkat bakul diatas kepala yang diisikan masalah. Senyumnya kelat.
Terus ditanya, apa salah kita membenci orang yang patutnya kita benci?
Aku ketepikan soalan.
Pesan makan minum siap, soalan tadi diutamakan.

Bayangkan, kau benci sebab kau luka.
Gembira terus kelam hingga lupa setiap perasaan itu ada sempadan.
Inikan perkara biasa dalam kehidupan samaada kau benci yang terus atau lupa hari esoknya.
Sedang kau membenci seseorang, ada orang sedang menyukainya.
Takapa, kau terus senyum alih pada sedang kau ubah.
Tapi setiap kali kau mencemuh orang yang kau benci sebenarnya kau terlupa untuk memperbaiki diri sendiri.
Bayangkan, ditekan tekan kau sekarang.
Nanti bila kau melancong hidup kau sekarang, kau lupa ini semua.
Dan ianya cuma sekadar memori yang disimpan lekat tak perlu kau selongkar lagi.
Belajar dari perkara kau benci, ubah kepada perkara yang akan kau suka.
Okay?

Oh ya, setiap masalah itu bukan masalah tapi bagaimana sikap kita terhadap masalah itu.

Dan aku pula dimarahnya, makanan tak ditinggalkan.
Bang, tambah pesanan.

Wednesday 11 June 2014

Tilik tilik.

Di musim ini, aku makin kurang selak-selak pakaian hendak dipakai.
Pakaian ke kerja, ke padang, ke surau/masjid atau pakaian ke halaman tidur.
Semuanya aku bezakan.
Yang kotor, aku satukan dalam baldi.
Dah penuh, aku mengeluh.
Kononnya tahu untuk mengasingkan, padahal yang digantung masih dibiar.
Entah. Malas.
Tidur, jangan tegurlah. Jangan cakaplah. Jangan usiklah.
Lama dan kerap.
Ibarat esok aku tidak punya hari untuk tidur.
Kalau ikutkan, harus membaca topik-topik untuk dijawab.
Semuanya secara total.
Ah, sudah.
Baring lagi enak.
Hadap ke siling.
Almari dan pakaian, biarkan.
Tak perlu diselongkar dahulu.
Biarkan ianya tutup rapat-rapat.
Yang di baldi, biarkan ianya mampat-mampat.
Kendian selongkar, untuk dapat haruman baru.
Dan sekarang, sedang goyang kaki untuk lemparkan rasa-rasa waktu yang dulu.
Redah kenyataan dan rindu.

:: bukan malas, tapi lagi malas nak selak-selak.

Wednesday 28 May 2014

TT

Dihentam perlahan lahan, diajuk perlahan lahan, diratah perlahan lahan, dibuas perlahan lahan.
Apa lagi mahu tinggal?
Kalau semua berangkat ke langit.
Dosa kerap berbekal.
Pahala berkurangan.
Kesian bukan kawan.
Buat malu dengan perasaan sendiri.

Tarik nafas dalam dalam.
Ia cuma kecelakaan dalam harian, bukan kecelakaan dalam kehidupan.

Tuesday 20 May 2014

Malam malam ini.

Malam malam ini,

Ambil satu, lagi enak meneguk bau bau pantai.
Semaian lembut dari ombak keputih putihan.

Adunan buih, catuan pasir teragak agak melepasi sempadan kehalusan embun.
Sinar sinar manja melewati kaburan seleraknya awan di timur kebasahan.
Kedip kedip lampu ditengah gelap laut nan jauh kelihatan jelas yang nyata.
Dan pokok pokok bertarikan bunyi melawan angin mengikut nyadatang.

Malam malam ini.

Sunday 11 May 2014

Teruskan, cahaya.

Jangan diusik pasir itu, nanti ada cahaya.
Jangan diredah air itu, nanti ada cahaya.

Ini jam sudah 4.12 pagi. yang lepas.

Homo sapiens. dan status dititle objek.

Hati manusia. sudah tidak bersatu dengan jasad.
Dan hati manusia kini. bersatu dengan alam maya.
Orang kata. manusia sekarang tidak punya perasaan.
Cahaya meliputi manusia. kian malap ditelan sinar kegelapan.

Lihat,
Telan,
Hadam.

Dengar,
Senyum,
Simpan.

Diri,
Rukuk,
Sujud.

Azan dilaungkan.
Gerak tubuh menghadap Tuhan.
Salam subuh.

Sunday 30 March 2014

Sudut coklat dan putih.

Ambil ini, tarik dalam dalam, nikmat pejam kantoi.

Hendak disangkal perlahan-lahan.
Karenah malu ditekan-tekan.
Apa yang diikal kerap lelehkan saga.
Sudah dikhabar paradigma ini gagal.
Ditulis ikut ikut aliran maya sial.

Sini, ada asap diukir para jantan hitam.
Kepul kepul perasaan lempar ke langit.
Kelabu terang nyasilau diherdik baik.
Saki senyum digaris sempadan sedih.
Ah, nikmat teram sekilas perbahasan.

Yang baru, tagih erti erti khayal emosi.
Yang lama, tegar keras keras nyasedap.
Yang lebih, kaku kaku gerak perlahan.
Yang ini pula, tatap tagih untuk tegar berkaku pada kawan dewaan.

Friday 7 March 2014

Untung.

Kaki menggigil dipersada sejadah, mohon pada Tuhan. Hidupkan kembali. Dan cuma itu doanya. Apa tabahnya, yang sudah kian tersepit sejak bertahun tahun yang lalu. Dikenang, seakan lupus memori untuk mengingat. Kasih sayang yang aku tidak terima dari seorang hero. Aku perlukan itu, perlu. Telapak menjadi saksi derai derai air mata yang masih tak jumpa dasar untuk dilap. Tiada yang mengerti. Aku masih kecil didoa harian ku. Tak cukup, tak cukup. Masih lemah, masih lemah. Kesempatan emas dicuri curi. Bodohnya aku, dibagi bagi pada yang salah. Mana haknya aku? Aku cuma mahu bahagia. Apa upahnya, apa kuncinya, apa rahsianya?

Tuesday 25 February 2014

Tak habis habis.

Puas hati untuk diri sendiri.
Berkata menarik para sang jalan.
Kentalnya semakin lunak berkurang.
Berbacul mulut mengait perbuatan.
Sekat setiap penglihatan.
Konon 45 darjah.
Angkat bau mampulah, angkat telapak?
Tindanan calar tak habis habis.

Sunday 23 February 2014

Aku kena telanjang.

"Din, surat kamu ada atas meja tu, Tahniah. ", ucap mak dari dapur.

Dunia sesak diluar, agak terik dan bahang. Pengguna jalanraya yang gampang terus kecundang hingga aku lupa pusing kebelakang. Peace.

Dalam rumah yang tenang, ada sudut kerusi yang empuk, aku labuhkan badan yang lelah. Ambil udara, perkosa setiap pernafasan. Khayal dan terus tenggelam dengan ketenangan. Emosi yang masih sihat, legar legar berinfiniti dengan kemas. Bergelut gelut penat melawan sunyi. Ke sana, ke mari, tersingkir senyum sendiri. Serasi, serasi hingga lupa dicakap mak tadi.

Ah, resah dah ni. Mana mahu cari pil tandingi keresahan begini. Yang tadi tenang kemenangan, kini dirampas keresahan. Habis udara diperkosa tadi, aku ketepikan. Ah, hebat pula lawan udara. Kelam kelam masih terjamin yang agak suram waktu petang petang. Kini nekad. Biar diejek, walau ini bukan kali pertama. Hirup air dihidang, ramas kuih belum kedinginan, dan pelahap. Ah, apa pula karut makan. Karut banyak dah ni.

Dibelek belek sampul surat yang tertera nama anak kelima dengan kemas dan teratur. Sedikit sedikit aku merasakan suasananya yang makin tenang. Kelihatan surat ini tidak bermusuh lagi. Harap harap tidak berahi. Dirobek perlahan lahan, dan aku anggap surat ini relakan dirinya dicabul dengan manja. Dilihat rapi, ah bersih diluar, juga bersih didalam. Tanpa belum aku hirau kondisinya, kandungannya terus menjadi musuh. Terlonjak penglihatan seakan dihadam tanpa belas kasihan. Dengan itu, aku siap siap sediakan ruang kosong untuk disimpan agar bisa diteguk pada keperluan. 216 jadi kawan tindanan.

Aku hadir pada hari tersebut. Dimana, aku dihadapkan beberapa orang yang pelbagai jantina, rupa serta emosi. Disitu, aku susun setiap langkah, atur setiap pernafasan, juga cakap apa yang perlu. Dari ruang yang luas, suara orang berkeliaran mengikut meja dihadap, dan aku dibekalkan nombor yang ganjil. Jadi pembunuhan waktu berjalan. Dari muda ke remaja, dewasa ke tua. Masing masing fokus pada tugasan diberi. Duduk, baca, termenung, senyum, dipanggil lalu sain sehelai kertas, terus diucap tahniah beserta sekeping kunci. Terus berjalan dipanas terik, peluh jantan menukar situasi baju mengikut sudut. Kemas barang, kemas percakapan, kemas pandangan. Rilek. Syukur.

Thursday 23 January 2014

Ah, sudah.

Hidup kita sering terus kedepan.
Dimana, walau dielak, ditolak pasti berjumpa dengan masalah.
Itu ini, ini itu.
Keluh berbau setiap penerimanya.
Tapi kalau hidup tiada sebarang masalah, kita menjadi hamba kepada gagal.
Sebab itu proses kehidupan.

Ini tahun kau mahu buat apa?