Tuesday 25 February 2014

Tak habis habis.

Puas hati untuk diri sendiri.
Berkata menarik para sang jalan.
Kentalnya semakin lunak berkurang.
Berbacul mulut mengait perbuatan.
Sekat setiap penglihatan.
Konon 45 darjah.
Angkat bau mampulah, angkat telapak?
Tindanan calar tak habis habis.

Sunday 23 February 2014

Aku kena telanjang.

"Din, surat kamu ada atas meja tu, Tahniah. ", ucap mak dari dapur.

Dunia sesak diluar, agak terik dan bahang. Pengguna jalanraya yang gampang terus kecundang hingga aku lupa pusing kebelakang. Peace.

Dalam rumah yang tenang, ada sudut kerusi yang empuk, aku labuhkan badan yang lelah. Ambil udara, perkosa setiap pernafasan. Khayal dan terus tenggelam dengan ketenangan. Emosi yang masih sihat, legar legar berinfiniti dengan kemas. Bergelut gelut penat melawan sunyi. Ke sana, ke mari, tersingkir senyum sendiri. Serasi, serasi hingga lupa dicakap mak tadi.

Ah, resah dah ni. Mana mahu cari pil tandingi keresahan begini. Yang tadi tenang kemenangan, kini dirampas keresahan. Habis udara diperkosa tadi, aku ketepikan. Ah, hebat pula lawan udara. Kelam kelam masih terjamin yang agak suram waktu petang petang. Kini nekad. Biar diejek, walau ini bukan kali pertama. Hirup air dihidang, ramas kuih belum kedinginan, dan pelahap. Ah, apa pula karut makan. Karut banyak dah ni.

Dibelek belek sampul surat yang tertera nama anak kelima dengan kemas dan teratur. Sedikit sedikit aku merasakan suasananya yang makin tenang. Kelihatan surat ini tidak bermusuh lagi. Harap harap tidak berahi. Dirobek perlahan lahan, dan aku anggap surat ini relakan dirinya dicabul dengan manja. Dilihat rapi, ah bersih diluar, juga bersih didalam. Tanpa belum aku hirau kondisinya, kandungannya terus menjadi musuh. Terlonjak penglihatan seakan dihadam tanpa belas kasihan. Dengan itu, aku siap siap sediakan ruang kosong untuk disimpan agar bisa diteguk pada keperluan. 216 jadi kawan tindanan.

Aku hadir pada hari tersebut. Dimana, aku dihadapkan beberapa orang yang pelbagai jantina, rupa serta emosi. Disitu, aku susun setiap langkah, atur setiap pernafasan, juga cakap apa yang perlu. Dari ruang yang luas, suara orang berkeliaran mengikut meja dihadap, dan aku dibekalkan nombor yang ganjil. Jadi pembunuhan waktu berjalan. Dari muda ke remaja, dewasa ke tua. Masing masing fokus pada tugasan diberi. Duduk, baca, termenung, senyum, dipanggil lalu sain sehelai kertas, terus diucap tahniah beserta sekeping kunci. Terus berjalan dipanas terik, peluh jantan menukar situasi baju mengikut sudut. Kemas barang, kemas percakapan, kemas pandangan. Rilek. Syukur.