Wednesday 28 May 2014

TT

Dihentam perlahan lahan, diajuk perlahan lahan, diratah perlahan lahan, dibuas perlahan lahan.
Apa lagi mahu tinggal?
Kalau semua berangkat ke langit.
Dosa kerap berbekal.
Pahala berkurangan.
Kesian bukan kawan.
Buat malu dengan perasaan sendiri.

Tarik nafas dalam dalam.
Ia cuma kecelakaan dalam harian, bukan kecelakaan dalam kehidupan.

Tuesday 20 May 2014

Malam malam ini.

Malam malam ini,

Ambil satu, lagi enak meneguk bau bau pantai.
Semaian lembut dari ombak keputih putihan.

Adunan buih, catuan pasir teragak agak melepasi sempadan kehalusan embun.
Sinar sinar manja melewati kaburan seleraknya awan di timur kebasahan.
Kedip kedip lampu ditengah gelap laut nan jauh kelihatan jelas yang nyata.
Dan pokok pokok bertarikan bunyi melawan angin mengikut nyadatang.

Malam malam ini.

Sunday 11 May 2014

Teruskan, cahaya.

Jangan diusik pasir itu, nanti ada cahaya.
Jangan diredah air itu, nanti ada cahaya.

Ini jam sudah 4.12 pagi. yang lepas.

Homo sapiens. dan status dititle objek.

Hati manusia. sudah tidak bersatu dengan jasad.
Dan hati manusia kini. bersatu dengan alam maya.
Orang kata. manusia sekarang tidak punya perasaan.
Cahaya meliputi manusia. kian malap ditelan sinar kegelapan.

Lihat,
Telan,
Hadam.

Dengar,
Senyum,
Simpan.

Diri,
Rukuk,
Sujud.

Azan dilaungkan.
Gerak tubuh menghadap Tuhan.
Salam subuh.