Thursday 10 July 2014

Benci yang terus.

Hari ini aku berjalan, redah kawasan. Kereta dipandu cermat kononnya.
1 kereta belok tak bagi signal, sabar.
2 kereta berhenti mengejut sebab silap jalan, sabar.
3 parking kereta penuh, sabar.
4 kaunter bayar deret memanjang, sabar.

Oh ya, sedang aku lagi berjalan ditegur kawan. Katanya lama tak berjumpa.
Lalu diserang terus dengan soalan, bila mahu berkahwin. haihhh.
Ini isu sensitif, sekolah agama bab-bab munakahat.
Dah kahwin, isteri harus dijaga betul.
Dah ada anak, pengurusan harus stabil.
Kang panjang lebar jika jawab pertanyaannya.
Bukannya nak tanya khabar atau ada masa free ajak makan ke apa.
Sekali betul tekaan, dia ajak lepak sama, makan sama, minum sama.

Dari tadi, lagu menceriakan suasana.
Tengok rupanya, dia lagi mengangkat bakul diatas kepala yang diisikan masalah. Senyumnya kelat.
Terus ditanya, apa salah kita membenci orang yang patutnya kita benci?
Aku ketepikan soalan.
Pesan makan minum siap, soalan tadi diutamakan.

Bayangkan, kau benci sebab kau luka.
Gembira terus kelam hingga lupa setiap perasaan itu ada sempadan.
Inikan perkara biasa dalam kehidupan samaada kau benci yang terus atau lupa hari esoknya.
Sedang kau membenci seseorang, ada orang sedang menyukainya.
Takapa, kau terus senyum alih pada sedang kau ubah.
Tapi setiap kali kau mencemuh orang yang kau benci sebenarnya kau terlupa untuk memperbaiki diri sendiri.
Bayangkan, ditekan tekan kau sekarang.
Nanti bila kau melancong hidup kau sekarang, kau lupa ini semua.
Dan ianya cuma sekadar memori yang disimpan lekat tak perlu kau selongkar lagi.
Belajar dari perkara kau benci, ubah kepada perkara yang akan kau suka.
Okay?

Oh ya, setiap masalah itu bukan masalah tapi bagaimana sikap kita terhadap masalah itu.

Dan aku pula dimarahnya, makanan tak ditinggalkan.
Bang, tambah pesanan.