Wednesday 30 November 2016

Itu saja ke?

Hari ini kita memerintah diri kita seperti seorang raja.

Kelak di hari tua, siapa yang memerintah siapa?

Monday 21 November 2016

Anadiplosis

Sekarang, dalam rumah ada manusia, dalam manusia ada tubuh, dalam tubuh ada hati, dalam hati ada perasaan, dalam perasaan ada Kau.

Hari ini, kita bertemu dengan pelbagai ragam orang. Apatah lagi dengan dunia yang ber-tuhan gadjet.

Kadang - kadang, kita terlalu buta untuk melihat "keadaan" sekeliling.
Kadang juga, kita terlalu pekak untuk mendengar "keadaan" sekeliling.

Padahal ini, dikira 'common sense' setiap kita - kita yang bernyawa.

Bayangkan, kalau kita sedang terjatuh, ada orang melihat dan merakam lalu kesian. Ada orang lain melihat dan buat - buat tak nampak kerna bercermin kaca mata hitam. Celaka.

Diatas lakonan kita dihadapan kawan - kawan, banyak ragam dipersembahkan dan dijualkan.
Kita masih bersikap berani kerna mempunyai sikap tanpa tanya walaupun ianya adalah percuma. Kita lebih rela membayar untuk mengelak perasaan - perasaan menahan tubuh.

Rata - rata kita semua dah terbiasa dengan sikap begini. Dengan tambahan, sikap yang tidak menghormati perasaan orang lain. Padahal kita sendiri yang tamak. Menguak lapis demi selapis kekayaan tentang sikap hormat yang mahal. Entah dihujung hari, kita sendiri akan tepesona jika anak - anak kecil menggunakannya.

Jika ditanya, masih kayakah kita dengan sebuah sikap HORMAT atau, atau kita sedang memiskinkannya?

Biarlah kita terangkat di atas dengan merasa sakit - sakit jalan yang diuji.
Kelak sikap ini menjadi bayang setiap apa yang kita rasa dan hadam.

Jika ditemukan dengan sikap - sikap begini, apa reaksi kita dapat menerima dengan hati yang terbuka?

Sebaris kita berada dijalan yang betul, Tuhan mengenal jalan orang yang benar.

- sigh, buntu -

Tuesday 11 October 2016

Padan muka kita.

"Saya berjanji..."
"Saya pasti akan..."

dan seangkatan ayat ayat yang berbau lebih manis dari madu tualang asli.

Kita berada disatu tempat, dimana diri kita dikawal dengan tali yang seolah olah boneka kayu lagi sedang dalam tontonan warga pasca-bayar separa. Gah.

Semenjak krisis dalam negara, aku semakin dekat dengan ragam negara.

Ini semua kerna pemimpin pemimpin berada dijalan yang betul dan lurus.

Tindak tanduk mereka yang semakin tidak bersempadan.

Kini anak muda yang bergelar marhaen seakan berperang dalam jiwa dan negara mereka.

Untuk apa bersaing menuju ke pangkal gading jika tentera tentera sendiri menundukkan senjata.

Ayuh, bangkitlah. "Peranglah" ikut jalan kita. Keadaan kita.

Tunjukkan kebijaksaan yang wujud dalam jiwa yang bukan dari pemimpin pemimpin tua kita.

Kelak kita merasa tempias basi basi janji mereka.

- kalau bukan kita merasa negara kita, siapa lagi?

Wednesday 17 August 2016

Revolusi

Keadaan malam yang lekang ini, terdetik dalam akal hendak memadankan situasi situasi pekerjaan yang dilanda sekarang. Jadi, dari tadi susun atur segala cebisan masih tidak kelihatan dan mungkin tidak diizinkan Tuhan.

Mungkin aku 'pinjam' dari hari hari yang lepas, untuk di 'pinjam' kan pada malam ini.

Aku berdiri disudut bucu ruang tamu sambil memerhati cermin didepan. Kedaan begini, seakan akan aku belum pernah lalui lagi apatah lagi orang lain.

Ditangan ini ada sekeping surat ditangan kanan, dan ada sebilah kapak ditangan kiri. Aku buka apa yang tertera pada surat ini, dan cuma crossword yang perlu aku padankan. Syaratnya, apa yang pertama dilihat, itu yang harus aku lakukan dengan sebilah kapak ini.

Setelah diperhati, ada satu perkataan yang tersusun lalu tanpa ragu, aku gariskan dengan penaku dan perkataan tersebut - BELAH OTAK

Mana mungkin diusia begini diuji tanpa belas kasihan.
Sempadan yang dahulunya, teguh seperti batu batu tembok ditepi lautan.
Persekitaran yang semakin aneh dek gajet gajet menjadi tuan.
Keberjayaan manusia tanpa mengenal usia bak kata pemimpin tua.

Bayangkan, dalam keadaan sedar, kau duduk diam diatas kerusi.
Kau pegang kepala, sambil kau belah perlahan lahan.
Kau siat sampai rasa tengkorak, kau henyak sampai retak.
Kau letak kapak disebelah, kau masukkan tangan dalam tengkorak.
Kau dapatkan otak, kau keluarkan dan kau kembalikan senyuman.

Ditelapak tangan yang seakan sedang berdoa, diisi dengan otak. Tangan yang tak henti berlumuran darah. Nah, aku hadiahkan otak yang kau inginkan.

Dihadapan aku ada sekumpulan warga tua yang segak pakaiannya, kasut diperbuat dari kulit buaya, tie dan kot diperbuat dari sutera, jam tangannya berharga sebuah motosikal, dan mereka memerhati pada kami.

Dan mereka berkata, "syabas orang muda, kami mahukan otak baru untuk terus berada diatas" sambil mereka bersalaman sesama mereka yang dari pelbagai warna kulit.

Ini bukan hari bersejarah pada para pemuda. Manfaat dan mudarat yang telah tetap diatas kertas. Pena yang bukan jadi saksi, malah mata mata berkelipkan wang kertas. Parah sekarang, parah.

Dan aku terus berdoa, pasca kemodenan yang hilang adab sesama manusia dijadikan guru yang bertauliah. Lebih dan kurang, maaf segala pintu dosa bertuankan manusia dihuraikan seperti mereka mereka yang memerlukan duit seperti bayi yang baru lahir memerlukan nama.

Terima kasih.

Tuesday 14 June 2016

A.L.P.A

Entah kian melarat sikap pelupa.
Sedikit yang banyak memberi kesan yang tajam.
Sebanyak yang terus menjadikan hamba kepada sikap lupa.
Parah lah macam ni.

Tengok medan sinilah sudah tahu, makin hilang bau tulisannya.
Mungkin sudah lama tak diasah oleh perasaan yang berat berat isinya.

Kadang hidup ini jika terlalu mudah, payah juga.
Sekali pandang, siap. Sekali sentuh, siap. Tiga kali bebal, lekat. Eh.

Mana nak hirup pengalaman nak membaik pulih luka yang terbentuk.
Parah gini parah.

Wednesday 17 February 2016

Hukum

Permainan hukum menghukum.

Demikianlah angan dan khayal merasuki tubuh diwaktu malam. Langkah setiap roh roh memanggil bersemuka dalam adukan perasaan. Agaknya buruk seorang yang mengimbau kisah silam yang kurang beruntung dahulunya, kini merenggut dalam dunia persekitaran yang mulai cemburuinya.

Dulu kerap kali rasa macam mana dihukum.Tak kira dari salah berbentuk kecil mahupun besar.
Dibahagi hukumnya kepada dua jenis.

Marah.
Diam, tunduk dan akur.
Ini untuk satu jenis.

Marah dan pukul.
Diam, nangis, peluk tubuh dan tahan.
Dan ini untuk lagi satu jenis.

Kelihatan proses hukum menghukum ini mudah bagi yang mampu menginsafkan seseorang yang cetek akal mindanya?

Dari kecil diajar, hidup ini bukannya mudah yang beroleh segunung emas, selebar lautan. Bukannya permainan yang boleh dimain mainkan. Keseronokan yang tiada tamat tempoh. Begitu juga yang lain.

Ini proses untuk kamu. Bila dah besar, kau masih nak diam, akur, menangis dan tahan?

| beruntung malang |