Wednesday 17 August 2016

Revolusi

Keadaan malam yang lekang ini, terdetik dalam akal hendak memadankan situasi situasi pekerjaan yang dilanda sekarang. Jadi, dari tadi susun atur segala cebisan masih tidak kelihatan dan mungkin tidak diizinkan Tuhan.

Mungkin aku 'pinjam' dari hari hari yang lepas, untuk di 'pinjam' kan pada malam ini.

Aku berdiri disudut bucu ruang tamu sambil memerhati cermin didepan. Kedaan begini, seakan akan aku belum pernah lalui lagi apatah lagi orang lain.

Ditangan ini ada sekeping surat ditangan kanan, dan ada sebilah kapak ditangan kiri. Aku buka apa yang tertera pada surat ini, dan cuma crossword yang perlu aku padankan. Syaratnya, apa yang pertama dilihat, itu yang harus aku lakukan dengan sebilah kapak ini.

Setelah diperhati, ada satu perkataan yang tersusun lalu tanpa ragu, aku gariskan dengan penaku dan perkataan tersebut - BELAH OTAK

Mana mungkin diusia begini diuji tanpa belas kasihan.
Sempadan yang dahulunya, teguh seperti batu batu tembok ditepi lautan.
Persekitaran yang semakin aneh dek gajet gajet menjadi tuan.
Keberjayaan manusia tanpa mengenal usia bak kata pemimpin tua.

Bayangkan, dalam keadaan sedar, kau duduk diam diatas kerusi.
Kau pegang kepala, sambil kau belah perlahan lahan.
Kau siat sampai rasa tengkorak, kau henyak sampai retak.
Kau letak kapak disebelah, kau masukkan tangan dalam tengkorak.
Kau dapatkan otak, kau keluarkan dan kau kembalikan senyuman.

Ditelapak tangan yang seakan sedang berdoa, diisi dengan otak. Tangan yang tak henti berlumuran darah. Nah, aku hadiahkan otak yang kau inginkan.

Dihadapan aku ada sekumpulan warga tua yang segak pakaiannya, kasut diperbuat dari kulit buaya, tie dan kot diperbuat dari sutera, jam tangannya berharga sebuah motosikal, dan mereka memerhati pada kami.

Dan mereka berkata, "syabas orang muda, kami mahukan otak baru untuk terus berada diatas" sambil mereka bersalaman sesama mereka yang dari pelbagai warna kulit.

Ini bukan hari bersejarah pada para pemuda. Manfaat dan mudarat yang telah tetap diatas kertas. Pena yang bukan jadi saksi, malah mata mata berkelipkan wang kertas. Parah sekarang, parah.

Dan aku terus berdoa, pasca kemodenan yang hilang adab sesama manusia dijadikan guru yang bertauliah. Lebih dan kurang, maaf segala pintu dosa bertuankan manusia dihuraikan seperti mereka mereka yang memerlukan duit seperti bayi yang baru lahir memerlukan nama.

Terima kasih.