Sunday 20 January 2019

hela Dua ke Lapan.

Dari kerap seberangkatan tahun sebelum-sebelumnya, sering juga terdetik untuk menuju kesini.
Malah, tarikan medium-medium lain seakan benang dan jarum yang dahaga untuk menyatukan fabrik yang lucut dari landasannya.
Demikian lah, cuma terisi dalam akal, lalu berkata dan terus malar dengan sekelip mata. Tidak seperti sebelumnya. Sigh.

Tidak akan berlakunya sesuatu kesalahan jika tiada pelakunya. Hendak dikata, hendak mencium sesuatu yang wangi, jangan lah berdiri atas duri. Seolah-olah, kita akan terus melencong dalam hal yang bukan-bukan. Cukup lah tahun sebelumnya.

Cuma pada diri, pada terlibat. Jangan terus berkhayal dalam selilit benua kamu.


Saturday 11 November 2017

Mengintai Sebuah PAKA



Telah kian lama istirahat, jenuh untuk mencari seribu duga yang tidak mungkin tergelincir dengan sengaja pada pandangan dermaga mata. Namun, dengan tertib dan mengimbau saat-saat berhembus menunggu kepulangan khabar-khabar diwaktu fajar yang langitnya mulai menyimbah disetiap celahan awan kabus, disitulah merangkai cahaya yang hendak syukuri pada saat lelah dan noktah.

Disitu aku belajar,

Saat lelah maka beristirahatlah lalu kembali bergerak.
Saat sedih maka menangislah lalu kembali tersenyum.
Dan disaat menyerah maka berserahlah lalu kembali berusaha.

Tak perlu selalu berlari, tak perlu selalu tertawa, tak perlu selalu kuat, kerana akan ada saatnya "terbenam" dan "terbit" seperti matahari.

Dikota yang sering bertukar musim, tak lupa juga usia yang tiap tahunnya bertukar, namun tidak pernah menganggap kesemuanya satu celaka yang dijadikan bisnes pada masyarakat sekeliling. Mungkin hati yang mudah dicuri, otaknya senang dicuci, perasaannya kerap diperbaharui, tetap juga meneruskan momentum mencari mana perginya kata-kata abadi yang terguris sejak dulu.

Sekadar terus cenderung kesimpulan,
berkhayal kecil pada bait malam,
berupaya memeluk kenangan yang dalam,
tatkala, dinodai rindu yang samar,
pada stamina yang kuat untuk melayangkan permasalahan dalam jaring kebuntuan.

| tidak lengkap dibantu neng sebelah negara |

Sunday 18 June 2017

Berbeza pergi dan pemergian.

Ada tubuh sedang berdiri.
Dia berhadap dengan kukuh.
Lalu dia berucap pergi dengan selamba.
Tanpa toleh untuk senyum dan terus berjalan.

Aku menggerak tubuh, tapi kaki terbenam.
Sekadar suara memanggil tapi lunak garau dibenci.
Suara anak-anak kecil memecah kebisingan dengan tawa.
Kesibukan keramaian menjadikan pandangan kabur dan terus malap.

***
Mungkin dari bangku sekolah lagi patut kita diajar untuk mengerti apa itu pemergian.
Kerna, kelak sudah dewasa belum tentu kita akan jumpa talian kecemasan yang amat kita perlukan.
Bukankah ini satu perbezaan dari segi hal pemergian dan pergi. Contohnya, didalam hutan belantara, ada dua cabang jalan terbentang dan kita ambil jalan yang jarang dipilih orang dan kita dapat lihat disitu membuatkan segalanya perbezaan.

Tapi itulah, bukannya hal yang ringan untuk setiap pemergian. Berbeza setiap perilaku dan proses yang sedang dilalui. Belum lagi untuk dikecapi sudah pula diheret-heret dalam tangisan. Perihal yang sadis.

Itu belum lagi disentuh dengan kerelaan atas pemergian tersebut. Mungkin untuk seorang boleh berlaku dengan rela tapi bagaimana dengan dua pihak yang sedang terikat dengan pertalian kasih yang masih belum jelas. Bukan kah ianya satu kecelakaan yang akan terluka jelas tanpa ubat yang belum tentu dapat dibaiki. Luka kecil boleh lagi dijahit dengan tawa kawan-kawan, jika lukanya besar? Letih juga.

Sesungguhnya, yang paling dekat sekali adalah kekecewaan. Kekecewaan yang sungguh mendalam akan menimbulkan kesan lebam kecemasan. Dan siapa pula yang hendak menanggung kesan lebam kecemasan? Kekecewaan yang absurd dari dalam diri. Kecewa sungguh.

***

Dan sedikit sebanyak yang diajar ketika di bangku sekolah itu, perlu pula dibuatnya kelas tambahan untuk meragut segala masa lalu bagi menghilangkan keseluruhannya. Mungkin baru berkesan untuk beberapa perkara untuk kita bangkit dari pertelingkahan yang lepas.

Jika difikirkan untuk belajar perkara ini seakan malu dan canggung terhadap dalam diri untuk berkarya dalam menjahit bekas-bekas pergi dan pemergian. Seolah-olah ianya satu kesedihan yang panjang untuk bersetubuh dengan perihal yang lepas tak lepas dalam genggaman sendiri.

Setelah perkara ini belajar untuk bunuh diri sendiri tanpa menunggu hari yang paling dekat baru dapat menemukan cara untuk tidak kelihatan berbohong. Setelah itu, bila kita sudah merelakan pemergian tersebut, siapa pula akan mengajar untuk melupakan?

Sekian bulannya berpuasa dan bulan kemeriahan jiwa aidilfitri.
| tangguh yang berat |