Friday 26 August 2011

Kata Kesat

Semakin lama aku perasan akan sesuatu tentang diri aku iaitu penggunaan kata kesat yang semakin pupus dari percakapan aku. Aku pun tidak tahu kenapa?

Adakah disebabkan perubahan yang berlaku pada aku? Keadaan sekeliling aku? Jika aku menggunakannya pun, aku tidak tahu untuk lemparkan kepada siapa! Jika ada, bernasib baiklah orang itu. Maaf!

Mungkin diri aku yang semakin diam ataupun kurang bercakap. Aku tiada teman yang boleh selalu bebual panjang hingga pagi, larut malam, senja petang ataupun diwaktu lapang. Aku mencari sesuatu untuk kepastiannya.

Tidak apalah, apa yang bagus menggunakan kata kesat itu kepada orang lain? Agar orang disekeliling akan takut dengan aku? Aku rasa tidak. Mungkin akan menyebabkan sesuatu perkara yang tidak harus berlaku ataupun akan menyebabkan hilang yang tidak harus hilang.

Bau-bau kata itu, sungguh menggerunkan . Tetapi lebih berbau lagi dari kata-kata berbau penipuan. Itu lagi dasyat! 

Patutnya aku bangga dengan perubahan aku, tetapi aku sedih akan cara perubahan aku. Bukan disebabkan cara pertuturan tetapi cara kehidupan. sighhhh! 

Amin ya rabbalalamin! Itu yang harus aku ungkapkan. Terima Kasih pada mulut yang semakin kurang aktif dan Terima Kasih kepada hati dan minda yang selalu bercakap. Pandainya aku, bercakap tanpa mengeluarkan suara. 

Perkara yang harus aku hindarkan iaitu kata-kata kesat! Semoga orang disekeliling aku selalu tersenyum dengan ikhlas akan karenah dan pertuturan aku yang diungkapkan dengan diserta gelak tawa yang mampu menghilang segala kesulitan bagi mereka bukanlah senyum kerana terpaksa. 

As-salam.

Tuesday 23 August 2011

Penat didalam penat.

1 penat.
2 penat..
3 penat...
4 penat....
5 tenat.....

Apa yang aku mencarut ini? Perbualan yang bermain diminda ketika penat. Sudah hampir 2 minggu aku bersengkang mata tanpa apa yang aku rasa cuma penat lelah. Waktu tidurku semakin berkurang, malah ia menambah keperitan didalam kepala.

Dari 8 jam ke 7 jam.
Dari 7 jam ke 6 jam.
Dari 6 jam ke 5 jam.
Dari 5 jam ke 4 jam dan semakin berkurang jam.

Semasa kerja tanpa aku sedar aku melelapkan mata dengan menatap dihadapan komputer lalu tanganku masih di tetikus yang dipegang begitu erat. Aku mendiamkan diri kerana penat tanpa sebarang pergerakan dan perbualan ataupun berkata-kata. Aku tersentak dengan mengejut, aku terus berucap kalimah Allah SWT. Terlelap aku rupanya. Aku menggelengkan kepala dengan memejamkan mata. ~.~

Lalu aku meletakkan tangan diatas meja serta buku lima kiri dan kanan aku disandarkan dibawah dagu dengan termenung. Tanpa sedari, aku terlelap lagi. Tidak boleh jadi! Aku menggerakkan tubuh untuk ke "pantry" untuk membasuh muka. Baru segar pandangan aku tapi sayang tak lama kesegaran itu.

Mengira waktu yang hampir 5.30 lalu aku bergegas berkemas dan pulang ke rumah. Tanpa membuka stokin aku terus baring di kerusi lalu aku tertidur.

Di waktu malam, aku baring sambil meletakkan tangan di dahi. Lalu aku bertanya badan "Kasihan kau, sanggup mengikuti kehendak aku yang membabi buta ini. Terima kasih." Lalu aku bertanya pada otak "Kau paling penting dalam diri aku tapi aku tidak melayan kau dengan baik, aku meminta maaf." Untungnya aku!

Aku merehatkan tubuh yang penat dan juga minda aku yang penat. Perkataan penat berulang kali bermain di kotak minda ku ini. Aku berfikir, dan aku mengendahkannya. Kerana kalau aku berfikir, aku akan bertambah penat, lantas aku buang perkataan itu lalu aku berimaginasi aku berbaring dipangkuan seseorang yang ambil berat tentang aku. Lalu aku tersenyum dan aku melelapkan mata.

Penat dibadan aku merehatkan didalam otak yang penat lantas aku merebahkannya lalu metafora dan protokol diri terus senyap tanpa sebarang kata. Melakukan pergerakan' penat dibadan, memikirkan sesuatu' penat diotak. Sentiasa saling berhubung kepenatan dan aku layu penat didalam penat!

Thursday 18 August 2011

Tumbuhan


Bermulanya aku mencari tulisan.
Agar aku mengerti terhadap kehidupan.
Bukan hanya sekadar dari percakapan.
Mudah, hadam dan ludah.