Friday 26 August 2011

Kata Kesat

Semakin lama aku perasan akan sesuatu tentang diri aku iaitu penggunaan kata kesat yang semakin pupus dari percakapan aku. Aku pun tidak tahu kenapa?

Adakah disebabkan perubahan yang berlaku pada aku? Keadaan sekeliling aku? Jika aku menggunakannya pun, aku tidak tahu untuk lemparkan kepada siapa! Jika ada, bernasib baiklah orang itu. Maaf!

Mungkin diri aku yang semakin diam ataupun kurang bercakap. Aku tiada teman yang boleh selalu bebual panjang hingga pagi, larut malam, senja petang ataupun diwaktu lapang. Aku mencari sesuatu untuk kepastiannya.

Tidak apalah, apa yang bagus menggunakan kata kesat itu kepada orang lain? Agar orang disekeliling akan takut dengan aku? Aku rasa tidak. Mungkin akan menyebabkan sesuatu perkara yang tidak harus berlaku ataupun akan menyebabkan hilang yang tidak harus hilang.

Bau-bau kata itu, sungguh menggerunkan . Tetapi lebih berbau lagi dari kata-kata berbau penipuan. Itu lagi dasyat! 

Patutnya aku bangga dengan perubahan aku, tetapi aku sedih akan cara perubahan aku. Bukan disebabkan cara pertuturan tetapi cara kehidupan. sighhhh! 

Amin ya rabbalalamin! Itu yang harus aku ungkapkan. Terima Kasih pada mulut yang semakin kurang aktif dan Terima Kasih kepada hati dan minda yang selalu bercakap. Pandainya aku, bercakap tanpa mengeluarkan suara. 

Perkara yang harus aku hindarkan iaitu kata-kata kesat! Semoga orang disekeliling aku selalu tersenyum dengan ikhlas akan karenah dan pertuturan aku yang diungkapkan dengan diserta gelak tawa yang mampu menghilang segala kesulitan bagi mereka bukanlah senyum kerana terpaksa. 

As-salam.

No comments:

Post a Comment