Diam dan baring. Tepat sekali.
Ungkap kata patah setiap abjad. Penat.
Alat teknologi berlegar dijari jemari tapi sekejap. Rehat.
Aku bercerita kepada sesiapa sahaja yang berada disisi ataupun yang mahu ditemani ketika itu. Asahan juga mahu saling berkomunikasi indah dalam setiap cerita. Propaganda mungkin. Apa-apa saja, mungkin gelak tawa ataupun sebaliknya. Tak kira, walaupun setiap manifestasi ada silapnya. Janji terlukis senyuman. Gah yang tertawan.
Teman dijari ingin berkongsi cerita yang ingin aku ceritakan. Memang memahami walaupun bukan selalu dengan bicara kata mulut tetapi bicara kata dijari jemari. Aku tak penat, aku tak lelah untuk menerima input yang berbeza-beza, malah seikhlasnya aku melebarkan ruangan untuk menerima darinya. Tapi apa pulangannya?
“eh, kau macam cikgu kaunseling separuh jalan aku tengok”. Ditegur kawan.
Aku diam dan tunduk.
Ayat dicari bagai mengutip serpihan taburan emas,
Tanpa sebarang bantuan seperti terbiar lemas.
Dengan pantas aku senyum lengkap kemas,
Agar semuanya aku anggap lakonan diatas pentas.