Sunday 20 November 2011

Tindakbalas. Patah.

Diam dan baring. Tepat sekali.
Ungkap kata patah setiap abjad. Penat.
Alat teknologi berlegar dijari jemari tapi sekejap. Rehat.

Ada masa, aku lain. Aku suka bercakap, aku suka gelak, aku suka bercerita walaupun ada menegur aku seorang pendiam. Tapi mood itu perlu diasah dengan teman yang mahu diasah. Baru seronok setiap petah bercerita tanpa kenal erti penat asalkan banyak gelak tawa dari duka.

Aku bercerita kepada sesiapa sahaja yang berada disisi ataupun yang mahu ditemani ketika itu. Asahan juga mahu saling berkomunikasi indah dalam setiap cerita. Propaganda mungkin. Apa-apa saja, mungkin gelak tawa ataupun sebaliknya. Tak kira, walaupun setiap manifestasi ada silapnya. Janji terlukis senyuman. Gah yang tertawan.

Ada yang memberi tindakbalas yang tidak terbalas yang amat ikhlas. Yang bertanya ingin berkongsi, lagi aku gembira meringankan mulut untuk petah bercerita untuknya. Tapi ada halangan. Payah! Yang patut aku ceritakan, tujukan, walaupun hanya cerita pendek tetapi tidak mendatangkan ruak balas yang positif. Amat sikit peluang mencelah. Malah ceritanya diutamakan sampai tertib tertutup, tersimpan kemas cerita yang ingin aku ceritakan. Panas! Kerana itu saja aku pinta, tak minta apa-apa tapi tidak dapat dengan lunasnya. Kasihan.

Teman dijari ingin berkongsi cerita yang ingin aku ceritakan. Memang memahami walaupun bukan selalu dengan bicara kata mulut tetapi bicara kata dijari jemari. Aku tak penat, aku tak lelah untuk menerima input yang berbeza-beza, malah seikhlasnya aku melebarkan ruangan untuk menerima darinya. Tapi apa pulangannya?

“eh, kau macam cikgu kaunseling separuh jalan aku tengok”. Ditegur kawan.

Aku diam dan tunduk. 

Ayat dicari bagai mengutip serpihan taburan emas,
Tanpa sebarang bantuan seperti terbiar lemas.
Dengan pantas aku senyum lengkap kemas,
Agar semuanya aku anggap lakonan diatas pentas.

No comments:

Post a Comment