Thursday 8 November 2012

Friday 19 October 2012

Tepu semakin ditipu.

Ditarik kerusi, dibukanya laptop, 
mengeluh sambil tunggu loading windows, 
bukanya folder kerja, dilihat rapi, ditenungnya dalam. 

Pegangnya sebatang pen, alasnya satu kertas. 
Kononnya mahu buat proposal tapi idea tak datang. Gampang.


Tuesday 14 August 2012

Luar sangkaan.

Hendak berkawan tidak perlu ada keizinan.
Bila dah berkawan perlu ada keizinan.
Berbezakan?

Musuh lagi senang.

Tuesday 31 July 2012

Biasa yang berguna

Jam 9.35 malam.
Bertiga dan borak bersama seorang penjaja tegar.
Bercerita kisah mudanya yang punya kegemilangan gelap.
Patuh akur pada cinta yang hampir putus disebabkan kawan sialan.
Dan jawapan ini yang diberi.

"not all the time, a joke is intended make we laugh, but sometimes it is intended to make we think."

Penjaja habis bercerita dan sambung jual menjual.
Kami bertiga senyap, bangun, beli dan ucap terima kasih.

Friday 20 July 2012

Rules?


Hidup ini mudah seperti menganyam ketupat. Tapi aku tak pandai menganyam. Jadi hidup aku payah?

Sunday 15 July 2012

Mana satu, atau.


Kau memandang, aku memandang. 
Kau mengangkat tangan, aku mengangkat tangan. 
Kau bermuncung mulut, aku bermuncung mulut. 
Kau tersenyum, aku tersenyum. 
Kau seakan malu, aku seakan malu. 

Mereka tersenyum, padahal cuma kita. 
Jadi mana satu kekeliruan, atau penipuan? 
Kau atau aku, atau mereka ini?

Friday 13 July 2012

Mulanya penipuan.


Kita berjalan akan berjumpa kawan. Ramai kawan. 
Diantara keramaian itu, pelbagai dinamakan kawan.

Kawan baik, 
Kawan biasa, 
Kawan kutukan, 
Kawan sialan,
Kawan musuhan, 
Kawan gaduhan. 

Itu semua tidak kisah. Ia tetap dalam lingkungan kawan. Peduli apa. Cuma bila berada dalam keramaian itu, kita perlu keluar sekejap, sementara, atau selamanya untuk bersendiri. Bukan malu, sombong atau apa. Kadang-kadang kita perlukan masa untuk bersendiri agar kita kenal kehidupan kita untuk dilalui. Dari kita suka menilai kehidupan orang lain. Itu bukan kerja kita. 

Monday 30 April 2012

MD

Sakitnya aku diawal pagi,
Singgahnya rakit ditepian titi,
Sedar bangkit aku seperti mati.

Sunday 15 April 2012

APS

Lima kosong tapi satu yang dipenuhi.
Yang empat ada, cuma perlu satu.
Kan memang perlu. Bingai.

Bila seorang, banyak persoalan yang dicemuhkan.
Bersama kawan, banyak pula soalan yang ditanyakan.
Kan memang tak lari dari persoalan. Bingai.

Kawan memang ramai, tak hilang dari pandangan mata.
Cuma ada masa perlu keluar dari kelompok keramaian nyata.
Kau selalu senyum dan gembira? Bingai.

Monday 26 March 2012

Less

Dipegang satu alat muzik.
Mahu main, tak pandai.
Cuma petik-petik bodoh.
Irama tiada, melodi lagilah.
Kenapa?
Kan tak pandai.

Ingat apa, haiwan sarkas.
Dicemuh macam-macam terus pandai.
Cemeti ikat lepas dari pemusnah.
Huhahuha galakan dapat.
Senyum lebar.
Gampang.

Dulu dipuja tahap tinggi.
Kini dibuang rapi rapi.
Salah siapa, dipijak-pijak.
Kan mahu macam itu.
Mahu berdamping dengan kelembutan.
Sesal tak guna.

Sungguh-sungguh dilakukan.
Hidu, makan dan hadam.
Ingat kenyang bawah.
Tapi kenyang diatas.
Bukan makanan padahal penipuan.
Kalau betul, ludah sekarang.
Aku penat menipu perasaan.

Friday 23 March 2012

Hal yang tidak.

Mereka mampu, tinggi institusinya.
Mereka tak mampu, rendah institusinya.

Entah kenapa, banyak yang aku gaul. Tipu sana tipu sini. Berat.
Cara berfikir amat berbeza. Berbeza malas dan rajin.
Kawan lagi lah. Kawan baik, kawan sejalan, kawan makian.

Capaian gundah.
Seksaan sudah.
Hinaan pindah randah.

Kalau lelaki, jack terus.

Saturday 17 March 2012

Memori

Dibeli semalam.
Cuma satu gelanggang. 
Tiada penyewa. 
Tiada manusia. 
Cuma emosi dan perasaan. 
Adukan. 
Versus sampai terludahnya kemahuan. 
Kenapa? 
Untuk dipakai esok hari. 
Dan aku jenis akur.
Sial.

Monday 5 March 2012

Bila mahu mula?

Makan malam dah.
Tidur malam dah.
Bangun malam dah.

Tengok jam waktunya awal lagi, bagi remaja malas buat kerja.
Lihat kawan masih bersepah dengan maya sana.
Pedulikan. Termenung dalam.

Kerja perlu dihantar esok pagi.
Kertas, pen, mouse tak sentuh lagi.
Haihhh!

Cuci muka dah.
Tarik dan duduk atas kerusi dah.
Buka komputer dah.
Tengok kertas kerja, pun dah.

Lihat ini, lihat itu. Berhenti.
Bila mahu mula buat kerja gayanya begini?
Waktu pun dah berlalu 5:03 pagi.

Monday 13 February 2012

Perbezaan Dibayar dan Tak

Kelihatan setiap jasad manusia mampu untuk berlakon. Samaada dengan skrip yang luluh ataupun skrip yang gagal. Mereka cuma berlakon. Lakon watak bukan mereka. Untuk apa? Persis hidangan tatapan manusia yang lain. Menilai dengan sayang atau kebencian. Dan sebenarnya yang menilai itu sekerasnya berlakon. Lumayan.

Pelakon Samar : Disuruh begini, disuruh begitu. Cukup penat serta kesedapan, dapat wang.
Pelakon Tegar : Tatap begini, tatap begitu. Cukup ilmu serta limpahan rancangan, dapat gelaran.

Masing-masing puas dan berdiri. Diantara masing-masing itu, ada yang terduduk rapuh. Cukup sempurna siang ditelan malam, kesialan datang tanpa diundang. Bulatan dibina, satu ditendang keluar untuk diludah. Berdepan segan silu, lokasi ditetap bayang tiada. Yang dibayar tetap ada, walaupun sekerasnya dihalau dari kediaman.

"Kami ramai, mampu ludah mana-mana. Cis!"
"Dalam ramai itu, seorang pun tak mampu berdepan."
"Kalau mahu ludah, jangan sama batu."
"Ludah sama tuannya, baru tahu sakitnya."

Tuesday 7 February 2012

Tamak

Hendak saja mahu menukar hatinya dan ambil aku punya.
Hendak saja mahu menukar perasaannya dan ambil aku punya.
Hendak saja mahu menukar emosinya dan ambil aku punya.
Hendak saja mahu menukar kekuatannya dan ambil aku punya.
Ah, kelihatan aku tamak! Jika itu mampu menukar segala kawan kesedihan.

Kononnya manusia beranggap mempunyai kuasa seperti Tuhan. Mudah mudah menghukum si lemah. 
Siapa mereka? 

Thursday 5 January 2012

In

Mungkin dadah yang kau beri akan buat aku termakan sendiri.
Agar aku masuk dalam dunia kau nanti.

Ya, nanti.