Monday 13 February 2012

Perbezaan Dibayar dan Tak

Kelihatan setiap jasad manusia mampu untuk berlakon. Samaada dengan skrip yang luluh ataupun skrip yang gagal. Mereka cuma berlakon. Lakon watak bukan mereka. Untuk apa? Persis hidangan tatapan manusia yang lain. Menilai dengan sayang atau kebencian. Dan sebenarnya yang menilai itu sekerasnya berlakon. Lumayan.

Pelakon Samar : Disuruh begini, disuruh begitu. Cukup penat serta kesedapan, dapat wang.
Pelakon Tegar : Tatap begini, tatap begitu. Cukup ilmu serta limpahan rancangan, dapat gelaran.

Masing-masing puas dan berdiri. Diantara masing-masing itu, ada yang terduduk rapuh. Cukup sempurna siang ditelan malam, kesialan datang tanpa diundang. Bulatan dibina, satu ditendang keluar untuk diludah. Berdepan segan silu, lokasi ditetap bayang tiada. Yang dibayar tetap ada, walaupun sekerasnya dihalau dari kediaman.

"Kami ramai, mampu ludah mana-mana. Cis!"
"Dalam ramai itu, seorang pun tak mampu berdepan."
"Kalau mahu ludah, jangan sama batu."
"Ludah sama tuannya, baru tahu sakitnya."

2 comments:

  1. kita sendiri pun sudah cukup menggambarkan pelakon di pentas dunia. sama ada dibayar atau tidak, kita harus lalukan sehabis baik. Ganjarannya di akhirat sana, pasti lumayan. ;)

    ReplyDelete
  2. iya kan? jika gambaran para pelakon sendiri menunjukkan sesuatu yang baik. pasti lumayan :)

    ReplyDelete