Monday 13 February 2012

Perbezaan Dibayar dan Tak

Kelihatan setiap jasad manusia mampu untuk berlakon. Samaada dengan skrip yang luluh ataupun skrip yang gagal. Mereka cuma berlakon. Lakon watak bukan mereka. Untuk apa? Persis hidangan tatapan manusia yang lain. Menilai dengan sayang atau kebencian. Dan sebenarnya yang menilai itu sekerasnya berlakon. Lumayan.

Pelakon Samar : Disuruh begini, disuruh begitu. Cukup penat serta kesedapan, dapat wang.
Pelakon Tegar : Tatap begini, tatap begitu. Cukup ilmu serta limpahan rancangan, dapat gelaran.

Masing-masing puas dan berdiri. Diantara masing-masing itu, ada yang terduduk rapuh. Cukup sempurna siang ditelan malam, kesialan datang tanpa diundang. Bulatan dibina, satu ditendang keluar untuk diludah. Berdepan segan silu, lokasi ditetap bayang tiada. Yang dibayar tetap ada, walaupun sekerasnya dihalau dari kediaman.

"Kami ramai, mampu ludah mana-mana. Cis!"
"Dalam ramai itu, seorang pun tak mampu berdepan."
"Kalau mahu ludah, jangan sama batu."
"Ludah sama tuannya, baru tahu sakitnya."

Tuesday 7 February 2012

Tamak

Hendak saja mahu menukar hatinya dan ambil aku punya.
Hendak saja mahu menukar perasaannya dan ambil aku punya.
Hendak saja mahu menukar emosinya dan ambil aku punya.
Hendak saja mahu menukar kekuatannya dan ambil aku punya.
Ah, kelihatan aku tamak! Jika itu mampu menukar segala kawan kesedihan.

Kononnya manusia beranggap mempunyai kuasa seperti Tuhan. Mudah mudah menghukum si lemah. 
Siapa mereka?