Tuesday 29 December 2015

Perihal

Masyarakat - segelintir.
Makin kejam.
Tanpa soal dan bertanya.
Mulut rapat dijahit ziq zaq.

Anggota tangan dan kaki jadi penghulu menjawab segalanya.
Sedikit sebanyak, ada pihak yang miskin dengan sebuah persoalan.

Cukuplah hanya satu situasi.
Logik tak logik langsung diubah ke tak rasional.
Akhir sekali, kekerasan jalan penyelesaian.

| pasca parah |

Wednesday 23 December 2015

5am

Kadang.

Kadang aku lupa akan keadaan aku sendiri.
Dimana campur baur bahagia, sedih, sakit dan apa lagi?
Aku tolak dengan rapi.
Aku lupa akan semuanya.
Ya, lupa.
Lupa kerna aku sedang dilupakan.
Padan muka aku woi.

Satu situasi dimana kita sendiri tidak mengerti akan diri sendiri tapi orang lain minta kita terangkan.

| Sekurang |

Thursday 26 November 2015

Jauh kembali.

Entah bila akan diimbas perkara yang lepas. Lepas yang jarak sekitar belasan tahun gamaknya. Ketika dinodai perasaan perasaan gemarnya dahulu sembunyi dibalik tabir ruang nafas yang sempit. Sepertimana keadaan diancam dengan pemandangan yang aneh dan rumit. Jelas dan jitu. Jawapan dahulu yang dikais dalam, simpannya padat, penghujung dari segala bucu dugaan, semuanya seakan seronok sendiri dalam kongsi perasaan. Barangkali infiniti dalam graviti pernafasan, dalam belenggunya soalan soalan yang tua usianya dan kini masih diwarisi oleh cacatnya bibir bibir mulus. Meneka setiap persembunyian yang dari jauh boleh dihidu sakitnya kesempurnaan. Ya, mungkin boleh sembunyikan segala kesakitan, apa yang bekas, tinggal parut yang dalam. Dibakulkan kelemahan, dihadiahkan keegoan, angkat segala lebih dari kemampuan, tingkah laku masih kalah dalam percaturan. Satu perkara dibolak balik, pangkal pacutan yang dibenci ramai, manusia kerap berubah dalam jangka proses yang sikit, tetapi sebuah kenangan tidak ikut sekali. Bijak dalam pergaduhan, pandai dalam percakapan, cekal dalam kongsi idea, tapi bodoh dalam ketakutan. Taubat diiringi doa selangit, sejadah seluas lautan, wuduk sederas sungai, niat berbekal nafsu. Kekangan dini hari, punca belit dalam hal kecam mengecam.

Dua ribu lima belas. Jauh kembali ke pangkal sa dahulu.

| selamat bertambah paras lilitan |

Friday 23 October 2015

Terbalik.

Hadapan aku berdirinya seorang kusut.
Seorang.
Dia tak gelap, cerah.
Dia tak jelas penglihatan, rabun.
Dari jauh lambaian dia lemah gemalai.
Sad and is.

Segumpal kertas dia menulis, tanggungjawab dan emosi.
Perkara ini belum selesai.
Perkara ini belum tangguh.
Memadai dirinya yang mulus.
Cakap emosi pada diri.
Lakuan tanggungjawab pada hati.

Macam mana hendak hadap orang sekeliling, jika aku puncanya?
Dari satu perkara dan cerita, hingga menjadi banyak.
Segala ruang ditempah agar tak kena tempat.

Disini ada satu gelanggang emosi.
Carilah pergaduhan sesama dua.
Fahamkan diri ikut akal dibawah.
Rundingan direka bukan main main.

Tuding menuding seangkatan musuh yang kerah segala kebencian.
Secebis warna kegemaran diperkosa jadi ingatan.

Memori diambil seperti luka yang terbuka luas.
Sedikit sebanyak aku hanya ambil bahagian aku.
Aku terasa selamat dikediaman yang gelap gelita.
Akan tetapi lawan emosi tetap berlaku.

Semuanya datang dari dalam hingga aku keliru.
Mana sebetulnya harus jadi guru panduan hala tuju.

Apa ini berbaloi berperang dengan emosi sendiri?
Fuhh.

Dengan erat aku genggam dada.
Bunyi jam yang tak henti berdetik.
Sedikit rajin melangkah ke pintu.
Nafas. Itu pilihan yang masih berbaki.

Dan jeritan sebagai tanggungjawab.
Hasutan yang tidak menentu.
Emosi dicarik lalu ditampal.
Mana dinding yang belum aku sentuh?

Hingga aku musnahkan.

| jumlah ditekan naik dan naik |

Friday 16 October 2015

KARL

Cuaca petang yang pecah kesunyian.
Tersengguk melihat anak kecil kegirangan ditaman.
Kini, aku melihat dari segi jurangnya penglihatan.
Desir udara yang menyejuk kerap memedihkan mata.
Namun aku masih rasional untuk tidak berkawan dengan telefon.
"Me time", "enjoying oneself" konon. Sigh.
Kawan sebelah gelak kejahatan.
Dan aku masih tahap positif.

Aku garu kepala sambil menongkat dagu.
Dan dah lama aku terfikir semasa termenung.
"Apa yang memisahkan diantara adab dan pengetahuan?"

Diantara jalan singkat bagi permasalahan dan juga penyelesaian sama seperti lutut dan juga lantai.
Jika kerap kita melakukannya, in shaa Allah dipermudahkan segala urusan.

| kerap jumpa masalah |

Sunday 11 October 2015

Senja

Benarkan tubuh rebah duduk dikerusi.
Sambil jamah kuih raya yang berbaki.
Dihidang hangat air teh o berperisa strawberi.
Dalam leka didendangkan jazz yang bisa begini.

Keluh melihat secara kasar hebatnya filsuf yang tidak diiktiraf sepenuhnya.
Ada sedikit akal yang bebal mengikut nafsu dengki larat pada rambut putih.
Ukur badan dekat kedai makan, mana nak tahu saiznya.
Hidangnya makanan, bukan kemampuan akal tuan badan.

Ini kisah pak karim, katanya sambil gulung rokok daun.


Saturday 26 September 2015

Gelap.

"Malam hampir tiba"
"Jadi?"
"Mata langit akan tertutup sementara"
"Tapi aku nak kesana"
"Dimana?"
"Dihujung penglihatan kecilku"
"Jika begitu, kau terbanglah"
"Tapi aku tiada sayap"
"Jika ingin terbang pastikan punya sayap yang besar"
"Boleh pinjamkan untuk aku?"
"."

Diketip ketip khayalnya.
Tuntas segala pergerakan.
Gahnya tiap kali kemurungan.

Jerit mu dalam lunak suara kebasahan.
Minta sedikit pertolongan.

Terima aku untuk bantu melawan ketakutan mu.
Aku tak takut apa takut mu.
Disini hero gagah mu.
Jangan malu wahai kekasihku.

Apa yang ingin dipamerkan dalam mimpi. Segala peluh kesah dibiarkan. Dan keluh, sabar, kecewa dipanggil elok merasai. Bentuk apakah dugaan kecil ini. Tak henti henti mengusik tidur lenaku. Asingnya pada larut malam yang kusam buat suasana suram. Dijengah jengah pada gelap kesamaran. Takapa, ini bukan jenayah yang kejam pada diri ia cuma penghapus dugaan akan datang.

| Jika mataku masih kosong, dengarku semakin tipis, ideaku sedang tumpul |

Saturday 29 August 2015

Awkward moment.

Saling beratur.
"Tinggi dan sihat!"
"Senyum. *sambil ambil pinggan."
"Hai, takkan senyum je?"
"Sudah cukup?"
"Apa yang sudah cukup?"
"Nasi tu? Dah 5 senduk, boleh tahan."
"Senyum. *sambil tuang sedikit semula."
"Hai, takkan senyum je?"
"Kosong kosong."

This fight has no end.

Wednesday 19 August 2015

Diingini orang, kini gemar.

Jadi, kemana hilang?
Cerita masih tak luak dek akal.
Takkan sebab saki baki jahatnya perlu telan hingga ke pangkal?

Bentuk apa lagi percaturan yang perlu dicantumkan. Dihempas kecai, lalu secebis masih lagi dikais kais. Merasai sedikit kekecewaan yang dipamerkan untuk muat kitaran setiap sempadan. Sayangnya, otak ditunjal tunjal hebat tanpa henti akan kemarahan. Dan seterusnya, diterima seputus kata yang bulat dan sepakat. Sigh. Panggilnya kini lebih dirasai lebih berat jika dibanding perihal kemarin.


| redup yang hilang |

Friday 26 June 2015

Jatuh cinta ke 880 kali.

Lihat sana, lihat sini.
Apa bicara, punah dihati.
Kata manis, sepak dikaki.
Habis pecah, cinta yang diberi.

Ini menunjukkan setianya pada yang pertama. 
Sungguh katanya. Senyum seorang pun tak apa. 
Kan lagi sedang jatuh cinta? Semuanya aku punya. Pedulikan pandangan mikrobia. 
Walaupun aku sering diterisolasikan dalam perbualan dosa.
Mungkin aku perlu nyalakan obor, agar mudah cucuh si mulut pincangkan manisnya kehidupan orang lain. Kalau orang sedang bercinta jangan kacau, ini makan dia! Konon pelakon dibayar pulak. 
Kawalan emosi lagi mendadak, bahagia pun datang. Berdiri ditepi, cuma mahu gelak sinis sipi. Propaganda dalam diri menegarkan perasaan bersama hati. 
Mungkin aku dengan dia tidak lagi seiring. 
Suka bergurau, bermanja, bermasam, marah dan apa saja tingkah lakunya membuatkan aku kerap teringat akan dia. Tapi semuanya hancur lebur, remuk dengan segumpal ludahan berbentuk perkataan dan diikuti jemaah perbuatan tonggak kesialan. 
Salah aku tak memberi tahu, agar dia bahagia bersama yang baru. 
Walau pun sudah tidak rapat lagi, sampai sekarang cinta itu masih dihati. Senyum. 
Sekarang aku sudah dimiliki orang lain, yang aku rasa cuma jalan untuk faham. 
Yang memang sudah bulat tekadku. Penghasilan hidup cerai dipangkal adabnya.
Dah lama aku tunggu dia, tapi seakan makin hari makin jauh dari pandangan hati. 
Seperti putus harapan untuk aku kembali bersama dia. 
Waktu berjalan, hari berjalan, aku tak peduli. 
Kerna aku sering curi-curi pandang dan berbuat macam biasa. Celaka.
Tetapi didalam hati hanya Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya curian pandangan aku.
Semua pernah berkata, ibubapa adalah segalanya. 
Apa yang terbaik dari mereka, itu yang terbaik buat aku. 
Tapi yang terbaik salah satunya ialah ibubapa aku sangat suka dengan dia. 
Apatah lagi aku, dia yang aku suka. Tapi aku tidak boleh buat apa apa. Kaku dan bodoh gitu.
Bila dapat tahu dia sudah berpunya, aku terus jadi murung, kecewa. Lemas dalam jiwa sendiri.
Untuk itu, dari sudut bawah aku belajar terima.
Lelaki ini, walau nampak dia dah berubah tetapi aku masih berhati-hati agar tidak disakiti dengan kebodohan yang aku alami. Sekali jalan terkena, sekali jalan tahu. Ya.
Walau dia sudah menjadi hak orang lain, hati ini masih tidak boleh tipu. 
Dan aku rasa ini cinta sampai mati. Setiap kali jumpa, setiap kali itu lah jatuh cinta lagi. 
Berulang kali. Tangga pengharapanku dicetak elok untuk aku langkahnya.
Terlintas dalam fikiran, kenapa ditemukan tapi cuma sementara?
Itu membuatkan aku pasrah dengan apa kejadian. Kenapa bahagia diberikan hanya sekejap? 
Bila difikirkan, mungkin ada hikmah disebalik kejadian. 
Dan kini aku masih tertanya-tanya, bila rasa jatuh cinta ini akan berhenti?

| 2011, dah tak hutang |

Saturday 20 June 2015

Susulan pukulan hingga terkilan.

Kau pernah?
Diselit akal kau ada satu kawan.
Yang jenis kawan sekepala.
Dan paling kecewa lihat kawan yang kau 
suka,
percaya, 
yakin,
membantu,
cinta,
sayang,
dan tiba tiba jadi orang lain.
Kau genggam erat lima jari, angkat lepas pada muka orang tu.
Kau jalan sambil kesat darah yang tinggal kesan pada genggaman.
Toleh belakang, orang tu menangis esak. 
Kini dia lagi berenang renang dalam kesakitan.
Diri tak terkawal.
Aku buntu, apa salah aku?
Masa aku tiadakah? Masa aku berpindahkah?
Apa sebabnya, hingga aku menjadi kecewa.
Kecewa tahap dewa.
Kau pernah?

| salim yang minta |

Sunday 14 June 2015

Baik (pertolongan), jahat (percakapan).

Jika ditanyakan, apa yang paling kedepan? aku jawab, perut.
Jika ditanyakan, apa yang kenyang diselam? aku jawab, makan.
Jika ditanyakan, apa yang selesa bertenang? aku jawab, tidur.
Jika ditanyakan, apa yang kabur berbau? aku jawab, vape on.

Perangai aku mudah.
Enaknya berjalan sama sama.
Rasakan setiap detik.
Ulangi kerna bukan mahu
Tangkap ini, untuk kamu!

Masakan aku payah?
Anggap kesamaan kita serupa.
Kerna kan lagi bahagia.
Aku dan semua suku.
Nelangsa diwaktu sepiku.

Tenangnya kan kita?
Indah berbual hingga larut malam.
Dua dua tak jemu dan mual.
Untung dan tuah dimainkan.
Rosak sedikit, takapa kawan.

Volume phone dikuatkan sikit.
Alih pandangan pada skrin kecil
Perempuan bertanya khabar.
Emosi aku berubah!

Orang lain sedang lihat.
Nafsuku berkeliaran setempat.

untuk lain kali, kau simpan sendiri kawan.
kerna jarak dan perbualan, tidak dalam serangkai rutin harian.
yang lain, aku diamkan. kontrol dan sorok elok elok.
aku tanggung untuk hadap realiti.
celaka betul. jugdemental kau, kebocoran.
lima belas dan separa bulan matahari.
semoga maju jaya disana.

| angkat cermin mata, kenyit sebelah |

Saturday 30 May 2015

Semuanya hidup.

Tatkala ada yang bersujud, saat itu doa diangkat naik.
Jika perbandingan suku kaum yang menyalahkan kulit, saat itu kekejaman berleluasa.
Hunuskan lidah mu ke arah tatapan dada yang terbuka biar.
Pilihlah jalan mu untuk panjatkan nafsu bertalu noda.
Karang ditempat luas, agar pinjaman bunga bunga menghirupkan kembali batas.

Cait.
Tahniah dan pasti.

Monday 11 May 2015

Hilangnya identiti.

Kata kawan, aku bukan seraya tempat asal. Celah.

Y, petah kucar kacir di gerai.
A, tak lekang di pentas malam.
N, jebak gejala panjat tinggi .
G, rintih dek hujan renyai.

D, lunyainya abadi dihati.
U, kesan propagandanya hebat.
L, derita dijauh jauhkan.
U, dah ghaib, pudar dan hilang.

Yang kini, hilang sumpah yang dijaga.
Dan sekarang, mengemis gah bahagianya kawan.

Getir miskinnya berbagi bagi.
Kerah sederhananya tak bertapis.
Luruh kayanya bertahap tahap.

Ini bukan tarik tali.

Wednesday 6 May 2015

D

Saat kaki aku masih terpaku, ketuklah aku. Sampai kau jemu.
Bila aku tanggal paku itu, tunggu lah saat aku untuk beradu.

Monday 13 April 2015

Trail on M.

Adakalanya adab perlu dipakai buang, noktah.
Dan nak terus maju kehadapan, tolak tambah sikap.
Serta dirasuah sebatang pisau untuk pembedahan.

Kau.
Sebagai contoh.
Dengan gaya, cara percakapan, bahasa tubuh.
Itu corak yang kau idamkan.

Aku.
Tak boleh contoh.
Dengan serabai, cara warna kulit, ramping tubuh.
Itu corak yang aku hidupkan.

Haus, warna hijau penuh disogokkan. Itu kau.
Haus, warna merah gelap bibir diukir. Itu aku.

Sekarang, banyak yang kau rempuh. Setiap medan bermaya kau amukan. Ketepatan sedat yang dipilih. Bila bertanya, apa sebab? Kau angguk dengan perlahan. Selesa dengan sikap begini. Dihujani bacul-bacul mulut yang tidak berinsurans. Kau kebilkan kelopak mata.

Kau sanjung orang yang salah. Senang wenang medium rahsia kau diviralkan.
Kau lupa, sanjung Tuhan itu lagi mudah. Tapi kau susahkan.

Tidak apa, aku setuju dengan keputusan aku. Aku kapak otak aku, aku cuci darah yang meleleh hingga habis. Aku bungkus elok-elok, aku kirim pada kau.

Bodoh manusia sekarang sudah ada kilang yang hanya tinggal dicurahkan pada kertas yang dikerah oleh kata-kata bagus manusia. Kita, aku, dan kau tinggal beli.

Bila suatu hari nanti, kau tindas ini itu, dan terpaksa.

Aku menyusul dengan sebatang lembing yang hanya untuk cucuk otak melayu yang berkata-kata bagus terhadap kau terpaksa sanjung. Walau sekadar hajat.

Tuesday 31 March 2015

Asas

Kian hari berpanas manusia masih mendongak.
Air dalam jangan lupa disinggah selam.
Langit masih percuma untuk dilihat.
Tempangnya akal bersetubuh dengan maya.
Emosi mengawal tamadun suku marhaen hina.
Aliran pancaindera yang diubah ubah doman.
Sejak mudarat keluh manusia menunduk manusia.

Tuesday 10 March 2015

K.M.

Apa kurangnya disini, hingga satu persatu pulang ke pangkuan asal.
Hendak dituding jari, tak cukup.
Pihak yang endah tak endah akan proses perginya seorang kawan.
Bebalnya tak lekang dipembaringan yang utuh.
Apalah nasib dek umur yang baru kenal erti kehidupan.
Nyesalnya sedikit ke arah tawa yang lekat.
Kejamnya, tetap kejam.
Bodohnya, tetap bodoh.
Kutiplah saki baki bahagia disini untuk dibawa kedalam poket mu.
Agar terus melawan muram yang kosong tafsirnya.
Bermayalah mengikut kuat jari mu untuk terus berhubung secara percuma.

| cantik lapang |

Sunday 4 January 2015

Masih tidur sayang?

Melingkung ralit setiap perjalanan.
Ditemukan dengan sikap sikap aneh.
Matang yang dibuat buat agar penembat hati terhibur.
Mana reaksi terharunya akan manjaan tipu.
Malu yang tak kena tempat, akan wajah baru.

Uji hebatnya lawan 4 punca,
Kesana kesini, pandangan matanya.
Anggap lingkaran ini sebulat habis.
Semangat yang perlu diasah kembali.
Ingat, carik bulu ayam akan tumbuh.

Disenja begini, sudah fikir akan beban hari esok.
Bersandar kerusi kayu, putus hubungan sesama manusia.
Kini menjadi rakyat internet yang kecam.
Biar langsung sempurna ke lewat malam.
Ketiadaan yang menggulung perasaan hinggap dibibir.

Ditenung luar jendela.
Dibisik, mana pelukmu yang sedang miskin?
Masih berselimut bayangan hambarnya.
Membangun yang mesra untuk semua.
Jelik jelik. Rencana yang gagal.

| tahun baru yang berbaki sedikit yang lepas |