Saturday 11 November 2017

Mengintai Sebuah PAKA



Telah kian lama istirahat, jenuh untuk mencari seribu duga yang tidak mungkin tergelincir dengan sengaja pada pandangan dermaga mata. Namun, dengan tertib dan mengimbau saat-saat berhembus menunggu kepulangan khabar-khabar diwaktu fajar yang langitnya mulai menyimbah disetiap celahan awan kabus, disitulah merangkai cahaya yang hendak syukuri pada saat lelah dan noktah.

Disitu aku belajar,

Saat lelah maka beristirahatlah lalu kembali bergerak.
Saat sedih maka menangislah lalu kembali tersenyum.
Dan disaat menyerah maka berserahlah lalu kembali berusaha.

Tak perlu selalu berlari, tak perlu selalu tertawa, tak perlu selalu kuat, kerana akan ada saatnya "terbenam" dan "terbit" seperti matahari.

Dikota yang sering bertukar musim, tak lupa juga usia yang tiap tahunnya bertukar, namun tidak pernah menganggap kesemuanya satu celaka yang dijadikan bisnes pada masyarakat sekeliling. Mungkin hati yang mudah dicuri, otaknya senang dicuci, perasaannya kerap diperbaharui, tetap juga meneruskan momentum mencari mana perginya kata-kata abadi yang terguris sejak dulu.

Sekadar terus cenderung kesimpulan,
berkhayal kecil pada bait malam,
berupaya memeluk kenangan yang dalam,
tatkala, dinodai rindu yang samar,
pada stamina yang kuat untuk melayangkan permasalahan dalam jaring kebuntuan.

| tidak lengkap dibantu neng sebelah negara |

Sunday 18 June 2017

Berbeza pergi dan pemergian.

Ada tubuh sedang berdiri.
Dia berhadap dengan kukuh.
Lalu dia berucap pergi dengan selamba.
Tanpa toleh untuk senyum dan terus berjalan.

Aku menggerak tubuh, tapi kaki terbenam.
Sekadar suara memanggil tapi lunak garau dibenci.
Suara anak-anak kecil memecah kebisingan dengan tawa.
Kesibukan keramaian menjadikan pandangan kabur dan terus malap.

***
Mungkin dari bangku sekolah lagi patut kita diajar untuk mengerti apa itu pemergian.
Kerna, kelak sudah dewasa belum tentu kita akan jumpa talian kecemasan yang amat kita perlukan.
Bukankah ini satu perbezaan dari segi hal pemergian dan pergi. Contohnya, didalam hutan belantara, ada dua cabang jalan terbentang dan kita ambil jalan yang jarang dipilih orang dan kita dapat lihat disitu membuatkan segalanya perbezaan.

Tapi itulah, bukannya hal yang ringan untuk setiap pemergian. Berbeza setiap perilaku dan proses yang sedang dilalui. Belum lagi untuk dikecapi sudah pula diheret-heret dalam tangisan. Perihal yang sadis.

Itu belum lagi disentuh dengan kerelaan atas pemergian tersebut. Mungkin untuk seorang boleh berlaku dengan rela tapi bagaimana dengan dua pihak yang sedang terikat dengan pertalian kasih yang masih belum jelas. Bukan kah ianya satu kecelakaan yang akan terluka jelas tanpa ubat yang belum tentu dapat dibaiki. Luka kecil boleh lagi dijahit dengan tawa kawan-kawan, jika lukanya besar? Letih juga.

Sesungguhnya, yang paling dekat sekali adalah kekecewaan. Kekecewaan yang sungguh mendalam akan menimbulkan kesan lebam kecemasan. Dan siapa pula yang hendak menanggung kesan lebam kecemasan? Kekecewaan yang absurd dari dalam diri. Kecewa sungguh.

***

Dan sedikit sebanyak yang diajar ketika di bangku sekolah itu, perlu pula dibuatnya kelas tambahan untuk meragut segala masa lalu bagi menghilangkan keseluruhannya. Mungkin baru berkesan untuk beberapa perkara untuk kita bangkit dari pertelingkahan yang lepas.

Jika difikirkan untuk belajar perkara ini seakan malu dan canggung terhadap dalam diri untuk berkarya dalam menjahit bekas-bekas pergi dan pemergian. Seolah-olah ianya satu kesedihan yang panjang untuk bersetubuh dengan perihal yang lepas tak lepas dalam genggaman sendiri.

Setelah perkara ini belajar untuk bunuh diri sendiri tanpa menunggu hari yang paling dekat baru dapat menemukan cara untuk tidak kelihatan berbohong. Setelah itu, bila kita sudah merelakan pemergian tersebut, siapa pula akan mengajar untuk melupakan?

Sekian bulannya berpuasa dan bulan kemeriahan jiwa aidilfitri.
| tangguh yang berat |

Tuesday 25 April 2017

Tak sampai?

Dongaknya manusia ada dua.

Pada manusia dan diselitkan beberapa perasaan bongkak dan sombong.
Pada Tuhan dan disembahkan beberapa kesal keatas dosa dilakukan.

Baik nya manusia seperti malaikat,
Jahat nya manusia seperti syaitan.

Dan semua ini kerna terikat pada kuasa pangkat. Kita mendengar perkatan-perkataan larangan. Kita kalah juga pada diri kita. Dimana kita lebih sayang pada diri sendiri. Pucuk pangkal, wujudnya semua ini hingga penghujung alam. Sempadan dan had limit.

| antena yang belum jelas |

Sunday 16 April 2017

Ruang.

Sejak dini.

Kita berada dalam situasi dewasa.

Dewasa pada tubuh.
Dewasa juga pada akal.

Dimana, kita harus berwaspada pada diri kita sendiri. Kerna kita boleh dibentuk ikut frasa-frasa emosi lalu dipungut semula pada waktu-waktu yang diizin-Nya.

Bila kita hendak melakukan sesuatu, kita akan diberi satu ruang untuk melakukan dan berfikir jika ianya sesuatu yang berbaloi ataupun tidak untuk diteruskan. Kesempatan dalam menyerahkan suara dari kotak hati dan akal mungkin boleh sekali gus terjerumus sekerasnya-kerasnya pada kita semua.

Ruang ini sering berbisik-bisik kerna ianya mahu dilihat samaada kita hanya takut untuk bersembunyi dibelakang sekali ataupun mampu maju dihadapan sekali.

Demi waktu, ruang-ruang ini akan meluap dan menenggelamkan diri sebagai emosi yang tidak jelas pada empunya badan sendiri.

Dan juga percayalah, ruang ini mampu untuk mengubah haluan hidup seseorang. Melainkan kita bina penjara dalam diri pada awalnya lagi.

| sejenak dalam berubat |


Sunday 19 March 2017

Seseorang yang sedang miskin.

Disini ada seorang yang belum berpasangan.
Disini ada seorang yang baru hendak berpasangan.
Disini ada seorang yang sudah berpasangan.
Disini ada seorang yang sudah ditinggalkan pasangan.
Disini ada seorang yang tiada pasangan.

Jika disatukan setiap seorang, cuma ada satu yang padan. Kau.

Nasib seorang yang sering dilemparkan jauh hingga ke atas. Namun, tindakan ini sebulat benar. Sedang kau melenyapkan warna warna kesepian, tak lupa juga narasi dalam memanipulasikan sikap egois yang tebal. Sedar tak sedar sikap egois adalah satu sikap universal yang dianugerahkan kepada sesiapa sahaja. Berkaitan itu, wajib untuk mengawalnya lebih baik agar dapat menjaga ruang privasi kau.

Pada pertengahannya, perasaan sepi ini boleh menjengah dalam diri seseorang walaupun berada dalam keramaian yang mulanya tadi kau berasa dalam berantakkan jiwa. Kini dunia maya lebih berguna dalam berkongsi nasib seseorang. Sesetengah dari mereka lebih berhati hati kerna tanpa pengawalan yang baik dengan mudah dunia maya ini mudah cederakan emosi sendiri. Walhal, mereka kerap alpa untuk bandingkan dunia nyata dengan dunia maya, mana lebih berkesan dalam mencipta emosi yang stabil.

Beginilah jika sikap egois dan arogan dijadikan guru yang mampu jadi pecundang sosial yang tegar. Mulalah mereka menegur hanya kenal pada nama bukan pada tuan badannya. Dengan menceritakan hal yang tidak-tidak tanpa mengisolasikan diri dalam keadaan selamat. Akan tetapi jika terdapat bahan jenaka ianya lagi mudah untuk berkongsi tawa. Tak kira dari awal pagi hingga ke lewat malam dan mungkin hingga ke awal pagi lagi. Bukan apa, semakin banyak kau ketawa, semakin banyak ketandusan dalam mempercayai keyakinan orang lain terhadap  orang lain.

Sudahlah kita berada dalam diri seseorang yang menghidap penyakit sosial. Tambahan menjadi rakyat internet yang membanjiri kebuasan manusia yang absurd pada panji panji dunia maya.

Cukuplah jadi hamba pada dunia nyata, yang tidak jemu memayungkan perasaan yang segan dalam permulaan sapa. Elaklah dari melukakan skrin kecil telefon pintar yang tiap hari mengikut kehendak apa yang terlintas diakalmu. Dengan perasaan sepi, bercumbu lah dengan perasaan perasaan yang takut berlaku pada keguguran waktu yang mungkin tidak kembali lagi.

Jangan sampai seorang, kau, kamu, mereka dan manusia lupa untuk mengenal diri sendiri tetapi maya lebih mengenal diri mu.

Pandanglah jauh kehadapan untuk bebas. Kerna keriuhan kota mampu menjadi musuh utama untuk bersatu dalam kesepian mu.

| atur belas yang setia |

Monday 9 January 2017

Januari.

2016.

Tahun paling rilek tapi barai.

Dari kemarin, hari ni, esok dan setiap tempoh ini semua penuh kekalutan yang agak lasak. Yang mana makin lemah, lemas dan koyak.

Tapi ni dah 2017.
Cekal tak cekal, nak gerak alih dah terlepas beberapa hari.
Sedikit sebanyak masih ada saki baki yang lepas.
Jadi agak ralat bila nak sesuai dengan persekitaran baru.
Lagi lagi amukan dan keberontakan jiwa yang tidak senang dalam lingkaran hidup.

Ketaatan, ketenangan, kecelakaan dan kepayahan membuat keputusan. Semuanya harus dibawa ke hadapan agar sentiasa ingat, paras lilit kehidupan sentiasa berubah.

Walaupun macam manapun, alhamdulillah kekuatan tetap sama dan bertambah. Satu nikmat bulatan sedia ada yang wajib disyukuri.

*kata dah janji nak rajin menulis tapi idea tak menyinggah.