Thursday 29 December 2011

Tak Cukup.

Duduk, gagal.
Diri, gagal.

Aku separuh siap dalam perasaan untuk menipu.
Pakaian mencerna pantas dipakai petang senja.
Kalah dalam pertarungan. Gagal lagi.

Monday 12 December 2011

Ingat.

Duduk diam sambil dengar lagu Memories - David Guetta ft Kid Cudi.
Tepat dengan keadaan yang rehat. 

Kawan rumah lepak sama, saling gelak tawa.
Kawan sekolah lepak sama, saling gelak tawa.
Kawan poli lepak sama, saling gelak tawa.
Kawan kerja lepak sama, saling gelak tawa.

Macam-macam harungi setiap peredaran masa. Ada saja yang hendak dikerjakan. Masing-masing berhibur dengan harian hari. 

Ada kawan tidak bersatu keadaan ketika itu. Sedih, marah, gembira, murung. Punah keadaan yang tidak sebati. Sinis setiap senyuman. Hipokrit biasa semuanya, dalam diri kecamuk bagai. Perasan akan kepura-puraan. Sedikit demi sedikit dicuri perasaan itu, agar mahu sebati semuanya. Seseorang mahu memerintah setiap anggota untuk bersama. Mental dan fizikal. 

Lihat masa, tenung masa, rasa masa, makan masa, hadam masa, jadi semuanya.

Kemas dan bayar setiap ungkapan. Berseronok dan ketawa dilepaskan. Pelbagai gelakan yang sama perasaan. Itulah kebahagian.

Aku masih ketawa mengingati perkara yang lepas. Tersenyum keseorangan.  Itulah penangan untuk peneman ketika kesedihan.

Thursday 8 December 2011

Selsema

Di pembaringan lagi asyik guling-gulingan tanpa sedar angin berdesu-desu menjilat tubuh separa bogel. Hairan, mana datang angin begitu dikala pagi-pagi berembun lagi. Lama aku termenung ke tingkap yang terbuka luas itu. Lagi hairan, kain memanjang dari atas ke bawah diikat rapi dicelah tempat dikhaskan.

Tepat pandangan tanpa hiraukan keadaan sekeliling, aku bersatu kembali melelapkan mata.

Dengan tiba-tiba, katil bergegar " bangun bangun, solat. Mandi pagi-pagi ni bagus, kurang nanti selsema tu. Cepat!". Eh, mak!

Aku tidak perasan bila mak aku masuk ke bilik. Pagi-pagi sudah mengelamun tinggi. Lari dari apa yang ingin disampaikan.

Hampir beberapa hari aku bermain dengan selsema.