Monday 12 December 2011

Ingat.

Duduk diam sambil dengar lagu Memories - David Guetta ft Kid Cudi.
Tepat dengan keadaan yang rehat. 

Kawan rumah lepak sama, saling gelak tawa.
Kawan sekolah lepak sama, saling gelak tawa.
Kawan poli lepak sama, saling gelak tawa.
Kawan kerja lepak sama, saling gelak tawa.

Macam-macam harungi setiap peredaran masa. Ada saja yang hendak dikerjakan. Masing-masing berhibur dengan harian hari. 

Ada kawan tidak bersatu keadaan ketika itu. Sedih, marah, gembira, murung. Punah keadaan yang tidak sebati. Sinis setiap senyuman. Hipokrit biasa semuanya, dalam diri kecamuk bagai. Perasan akan kepura-puraan. Sedikit demi sedikit dicuri perasaan itu, agar mahu sebati semuanya. Seseorang mahu memerintah setiap anggota untuk bersama. Mental dan fizikal. 

Lihat masa, tenung masa, rasa masa, makan masa, hadam masa, jadi semuanya.

Kemas dan bayar setiap ungkapan. Berseronok dan ketawa dilepaskan. Pelbagai gelakan yang sama perasaan. Itulah kebahagian.

Aku masih ketawa mengingati perkara yang lepas. Tersenyum keseorangan.  Itulah penangan untuk peneman ketika kesedihan.

2 comments:

  1. sesuatu yang manis memang tidak akan pernah sekali luput dalam ingatan kita selagi ia membahagiakan. kekalkan ia.

    ReplyDelete
  2. ya, aku kunci dalam-dalam. harap kau pun sama.

    ReplyDelete