Thursday 29 December 2011

Tak Cukup.

Duduk, gagal.
Diri, gagal.

Aku separuh siap dalam perasaan untuk menipu.
Pakaian mencerna pantas dipakai petang senja.
Kalah dalam pertarungan. Gagal lagi.

Monday 12 December 2011

Ingat.

Duduk diam sambil dengar lagu Memories - David Guetta ft Kid Cudi.
Tepat dengan keadaan yang rehat. 

Kawan rumah lepak sama, saling gelak tawa.
Kawan sekolah lepak sama, saling gelak tawa.
Kawan poli lepak sama, saling gelak tawa.
Kawan kerja lepak sama, saling gelak tawa.

Macam-macam harungi setiap peredaran masa. Ada saja yang hendak dikerjakan. Masing-masing berhibur dengan harian hari. 

Ada kawan tidak bersatu keadaan ketika itu. Sedih, marah, gembira, murung. Punah keadaan yang tidak sebati. Sinis setiap senyuman. Hipokrit biasa semuanya, dalam diri kecamuk bagai. Perasan akan kepura-puraan. Sedikit demi sedikit dicuri perasaan itu, agar mahu sebati semuanya. Seseorang mahu memerintah setiap anggota untuk bersama. Mental dan fizikal. 

Lihat masa, tenung masa, rasa masa, makan masa, hadam masa, jadi semuanya.

Kemas dan bayar setiap ungkapan. Berseronok dan ketawa dilepaskan. Pelbagai gelakan yang sama perasaan. Itulah kebahagian.

Aku masih ketawa mengingati perkara yang lepas. Tersenyum keseorangan.  Itulah penangan untuk peneman ketika kesedihan.

Thursday 8 December 2011

Selsema

Di pembaringan lagi asyik guling-gulingan tanpa sedar angin berdesu-desu menjilat tubuh separa bogel. Hairan, mana datang angin begitu dikala pagi-pagi berembun lagi. Lama aku termenung ke tingkap yang terbuka luas itu. Lagi hairan, kain memanjang dari atas ke bawah diikat rapi dicelah tempat dikhaskan.

Tepat pandangan tanpa hiraukan keadaan sekeliling, aku bersatu kembali melelapkan mata.

Dengan tiba-tiba, katil bergegar " bangun bangun, solat. Mandi pagi-pagi ni bagus, kurang nanti selsema tu. Cepat!". Eh, mak!

Aku tidak perasan bila mak aku masuk ke bilik. Pagi-pagi sudah mengelamun tinggi. Lari dari apa yang ingin disampaikan.

Hampir beberapa hari aku bermain dengan selsema.

Sunday 20 November 2011

Tindakbalas. Patah.

Diam dan baring. Tepat sekali.
Ungkap kata patah setiap abjad. Penat.
Alat teknologi berlegar dijari jemari tapi sekejap. Rehat.

Ada masa, aku lain. Aku suka bercakap, aku suka gelak, aku suka bercerita walaupun ada menegur aku seorang pendiam. Tapi mood itu perlu diasah dengan teman yang mahu diasah. Baru seronok setiap petah bercerita tanpa kenal erti penat asalkan banyak gelak tawa dari duka.

Aku bercerita kepada sesiapa sahaja yang berada disisi ataupun yang mahu ditemani ketika itu. Asahan juga mahu saling berkomunikasi indah dalam setiap cerita. Propaganda mungkin. Apa-apa saja, mungkin gelak tawa ataupun sebaliknya. Tak kira, walaupun setiap manifestasi ada silapnya. Janji terlukis senyuman. Gah yang tertawan.

Ada yang memberi tindakbalas yang tidak terbalas yang amat ikhlas. Yang bertanya ingin berkongsi, lagi aku gembira meringankan mulut untuk petah bercerita untuknya. Tapi ada halangan. Payah! Yang patut aku ceritakan, tujukan, walaupun hanya cerita pendek tetapi tidak mendatangkan ruak balas yang positif. Amat sikit peluang mencelah. Malah ceritanya diutamakan sampai tertib tertutup, tersimpan kemas cerita yang ingin aku ceritakan. Panas! Kerana itu saja aku pinta, tak minta apa-apa tapi tidak dapat dengan lunasnya. Kasihan.

Teman dijari ingin berkongsi cerita yang ingin aku ceritakan. Memang memahami walaupun bukan selalu dengan bicara kata mulut tetapi bicara kata dijari jemari. Aku tak penat, aku tak lelah untuk menerima input yang berbeza-beza, malah seikhlasnya aku melebarkan ruangan untuk menerima darinya. Tapi apa pulangannya?

“eh, kau macam cikgu kaunseling separuh jalan aku tengok”. Ditegur kawan.

Aku diam dan tunduk. 

Ayat dicari bagai mengutip serpihan taburan emas,
Tanpa sebarang bantuan seperti terbiar lemas.
Dengan pantas aku senyum lengkap kemas,
Agar semuanya aku anggap lakonan diatas pentas.

Thursday 10 November 2011

Notes BF

Dari apa yang ke apa, aku hantar ke dalam komunikasi kedua dan aku salin ke sini.

"biler time member2 wa cuti mmg meriah. dpt la lepak2 same2. bdekak2. tp bile dorg da nek je cuti. aduh. wa rase bosan lak. dok umh teperok nengok laptop kejadah nie. menghitung hari lg -_-" tgu diorg balik. sedeyh gak diwatnyer. tp time diorg cuti mase tuh. best la gak. dpt hangout sesame. g genting sume. mmg epy. bile nengok video ulang2..cm sawan da wa. nengok gmbor pon ulang2 je.

urm...

biler dorg da nek cuti balik. tinggalla wa sorg balik. haiz. lau ley wa nk bes mase wa nan member wa lame sebelum ajal smpai. ajal pon kite xtau biler. tp ingat pesan wa. blajar tinggi2. wat org kg bangge nan lu. wat wa tepegun..wa xnk lu blajar tinggi2..lu balik tgn kosong..tuh je..lg 1 wa trus terang nan lu org..wa mmg sunyi biler lu org nek cuti balik..nk hangout nengok wyg pon xtau nan sape..nk ktawe pon sorg2 jela dpn laptop nih...

urm...

wa bangge nan lu org sume..blajar jauh2 sume..wa harap lu org jgn lupe diri lak nnt..jgn riak sgt. hahahaha..paper pon..wa ttp kn igt lu org..kite kwn bkn baru..dr tadika..smpai ke skolah rendah..smpai ke menengah..smpai wa da keje da skang..baik jahat lu org pon wa ttp anggap lu org member wa..igt pesan wa..maner tau 1 arie nnt wa da xder..wa nk lu org wat wa bangge..n trus terang wa ckp..wa x pndai nk ucap semoge berjaye nih sume..wa pon x bese nk slm2 nih..coz wa xnk tuh slm yg terakhir ntuk wa..wa nk lu org blajar..lu org balik nan selamat..time tuh baru wa slm..time tuh baru wa pelok lu org erat..wa harap lu org jage diri..nnt kite jumpe lg insyallah..kalau mase mengizinkan..lau ader salah silap wa mintak maaf..halalkn makan minum wa.. 0 - 0 .

urm...

wa harap lu org balik nan selamat..n kiter keluar la hangout sesame lg..insyallah..wa tgu lu org balik dgn wat wa bangge..bkn kosong je..wa ttp anggap lu org member walau teruk maner pon..aku harap lu org ingat pesan wa..ajal kiter xder sape yg tau..nih je yg wa mampu..wa tgu kepulangan lu org k..n kiter g bercuti2 lg...maner yg nk bace nih bace la..mane yg pemls..nnt wa record suare wa wa bg dengar same lu..wakakaka..k assalamualaikum.

ingat pesan wa ye wahai kwn..jgn lu lupe diri..jage diri lu..wa harap korg berjaye capai impian korg..mulut wa masin..lau wa kate lu org lulus insyallah lulus =) ..wat wa bangge nan lu org sume."

Mendatangkan tersentuh hati kali pertama baca ini. Ya, kau sunyi. Tapi kawan-kawan sentiasa ada disisi. Harap, jangan kau ingat kau menyendiri. 

Wednesday 2 November 2011

salah

Membawa diri ke alam maya ini, dunia nyata tinggal sama sekali.
Tabrakkan bacaan tanpa henti, mata terkebil-kebil seperti bangun pagi.
Mungkin entri berbelah bagi, tak semua mahu diperli lagi.
Kekusutan mari garu kepala macam kuli, putusnya rambut sehelai-helai dek dicari.
Apa mahu dibikin ini hari, hanya berjimbakan diri dengan berjoli.

*salah

Apa mahu dibikin ini hari, hanya bertemankan pensil dan pembaris keluli. 

Monday 31 October 2011

10

Berakhirnya bulan oktober ini,
banyak liku-liku dijalani,
tak lupa juga untuk berjimba disana sini,
mana sukan aku tempuhi,
sampai jari jemari masih sakit lagi,
tidak apa, janji aku puas hati.

Berharap akan jumpa lagi,
bulan oktober tahun depan nanti.

Friday 21 October 2011

penting.

sentuh, tak mungkin.
pegang, tak mungkin.
rasa, tak mungkin.
semuanya tak mungkin.

tidak kira kemana kita pasti akan membawanya. mungkin kita tak bawa tapi ia mengikuti kita. apa saja dilakukan, dikerjakan pasti ia ada. tidak tahu lah kalau kehilangannya. bagaimana kita untuk menemukan semula? tak ada lagi, kalau nafas berhenti.

siang malam ada, tidak segan silu ianya. bagaimana rupa kita, lengkapkah diri kita, tidak ada erti penat meneman kita. aku dan mereka mereka amat memerlukannya. tidak kira terang ataupun gelap pasti kita mencari ia semula. amat penting.

Saturday 15 October 2011

distant

when i was a child, i spoke as a child,
i understood as a child, i thought as a child,
but when i became a man,
i put childish things away.

may reach that level.
streets and ways.

Thursday 6 October 2011

sesetengah.

Mereka melihat, mereka alih pandangan.
Mereka melihat, mereka berfikir.
Mereka melihat, mereka menulis.

Mereka terbau, mereka alih perbauan.
Mereka terbau, mereka berfikir.
Mereka terbau, mereka menulis.

Mereka mendengar, mereka alih pendengaran.
Mereka mendengar, mereka berfikir.
Mereka mendengar, mereka menulis.

Mereka tersentuh, mereka alih persentuhan.
Mereka tersentuh, mereka berfikir.
Mereka tersentuh, mereka menulis.

Mereka merasa, mereka alih kerasaannya.
Mereka merasa, mereka berfikir.
Mereka merasa, mereka menulis.

Sesetengah orang ada yang macam itu ini.
Sesetengah orang ada yang tidak macam ini itu.

Mungkin semua ataupun tak semuanya. Tafsiran dan berlakunya lintasan pantas dalam fikiran. Mereka mereka itu mempunyai inspirasi dan protocol yang amat berlainan. Tegas mereka berdakap dalam keadaan separa sempurna itu. Selesanya perasaan sedar.

Kiri ke kanan kepala digelengkan. Bukan menyanyi ataupun berzikir dalam keadaan diam tetapi kekusutan, keperitan serta ketandusan didalam secebis minda dan segumpal perasaan. Sesetengah orang ditemani pancaindera sebegini. Harap aku juga walaupun tidak kesemuanya.

Tidak lengkap lima ini tidak apa, jangan tidak lengkap wajib lima yang sewajibnya. Amin…

Tuesday 4 October 2011

depan-depan

Yang aku tak mahu, menjadi pedoman kepada aku. 

Peringatan dan Kesabaran. 

Tuhan menunjukkan kepada aku. Jangan terburu-buru. Padah aku terima. Pelbagai lemparan dilemparkan kepada aku. Yang tak tahan, sesuatu perkara yang tidak mustahil dipersalahkan dan diungkitkan walaupun tidak ada kena mengena di situasi itu. Itu yang salah, bukan aku. Yang pertama mengata juga aku yang bersalah. Bukan menolong malah menambah keburukan situasi. Aku sabar ketika makan perlahan-lahan. 

Apabila keadaan diri ditemani oleh marah, itu lah perkara akan timbul tanpa mereka sedar apa yang mereka ujarkan dan tujukan. Kasihan sungguh. Tidak apa, aku menerima semuanya kerana aku bersalah. Ikutkan, panjang lagi aku mahu cerita tetapi aku tak mampu! dan mengantuk. Cukup sekadar ingatan dan tauladan bagi aku.

Wednesday 14 September 2011

yang dijanjikan.

Engkau dipulau, tapi apa sebabnya? kau mengutuk orang? maki orang? pijak orang? cara layanan kau buruk? atau kau yang buruk? ~ Tidak sekali terlintas dalam pemikiran aku. Mungkin kerana kau dianugerahkan kecantikan yang tidak diterima pandangan baik oleh orang yang cemburukannya. Kasihan pilu dibuatnya.

Selalu menjadi bahan perbualan, kutukan, tempat orang mengata, selamba sungguh! Jahanam sungguh keriatan mereka. Cukup tarian bagai sempurna..

Tersadai-sadai, tersipi-sipi keseorangan yang tiada teman untuk berdakap. Berlawanan jantina pula kau berkawan. Tidak ada hukum yang salah berkawan berlawanan jantina.

Mungkin tidak apa kerana kau mampu untuk mengukir senyum seperti sang puteri menunggu sang putera menciumnya dipagi hari. Yang sedihnya, bila sudah berkawan masih tetap didalam legaran hembusan buah perbualan orang sekeliling yang menyumpah kau yang sedu.

Jika mampu, kau cebis-cebis kau koyak-koyak mulut mereka yang tidak mengenal erti sakitnya bila dikata belakang senja. Hanya angin khabar yang datang memberitahu kau. Tangisan kau bukan disebabkan kutukan mungkin, tetapi perangai manusia seperti itu.

Lain jantina tempat kau mengenal untuk membina tembok senyuman. Kau cuba berkomunikasi dengan mereka. Ada yang menerima aku sebagai kawan.

Aku sungguh terharu bak kucing yang tersimpul malu. Bila sudah terjebak’, lain pula yang datang. Ada pula yang memainkan perasaan. Shit! Bukan itu yang kau mahu.

Kau hanya mahu tempat untuk kau bersadaikan “diri” melalui dua tanggapan. Setuju atau tidak setuju? Kegembiraan atau kesedihan?

~ Tiada niat untuk menyintai ataupun dijadikan teman disisi tetapi suka berkawan orang yang macam ini. Suka! Fikirannya lebih terbuka dari lakhnat yang hanya tahu meludah sana sini. Maaf! Ikut nafsu, memang mahu tapi tegarnya hati untuk menipu..

Hari-hari kau ingin ukir senyuman, bukan kerutan dahi bagai kerbau kelaparan disiang terik umpama menyondol pagi membawa kesakitan dipetang hari.

Kadang-kadang kau melihat orang berpasangan, kau cemburu mungkin. Kau terkebil-kebil pandangan. Kau berdendam perasaan untuk berlawan.

Kau pernah bertanya, kau mahu berdua dengannya tapi ~ jawapannya aku terima dengan terbuka. Bukannya aku tak mahu, tapi keinginan bersabar dulu. Kalau tidak, sudah lama aku mahu sebelum kau bertanyakan dulu. Bertegur dulu, baru tahu karenahnya yang manis itu..

Kau aku mungkin tidak mampu hanya sekadar melihat sudah tahu perangai manusia begitu. Mungkin rupa yang bertopengkan ‘semegal’ ataupun suci muka yang mempunyai cahaya jitu.

Ramai seperti itu, hanya sekadar pandangan lantas muncul pula tafsiran yang membabi buta mengata buruknya jasad berbau. Bukan main mencacat celanya, mengata menyumpah andai dikejut paksa dipagi yang sunyi kelam lagi. Apa yang disumpah pun tidak tahu.

Kental hati menemani kau, walaupun mata bergelimpangan air sebersih embun kayu bakau.

Jasad berdiri, berjalan, bercakap, kau menyimpan. Takut menjadi lagi. Dengan situasi yang stragis ini, kau tabah harungi dengan mencucuk jarum agar diliputi tahi telinga ini.

Kau masih ada kawan yang mampu meneman walaupun dilewat malam kelam. Ada!

Kau aku tiada beza,
Kulit warna bukan nafsuan,
Tinggi rendah bukan ukuran,
Bahasa digunakan sama sahaja,
Yang membezakan hanya pertuturan dan pemikiran.

Sunday 11 September 2011

Hentian tergugup

Nota yang tiada noktah. Hanya diakhiri dengan tanda seru dan tanda soal. Setiap perhentian diakhiri dengan tarikan nafas yang tersedu-sedu.

Aku muntah kembali. Buang segala apa yang aku mahu buang lalu tarikan graviti berlaku didalam sarang dimana tempatnya berfikir yang lunas dan tertib menyusun.

Aku buang pemikiran yang menggenggam kutu darah yang kotor. Tergugup-gugup, terkebil-terkebil. Pertuturan yang tiada henti apabila ianya kosong. Kosong!

Aku hanya mahu memenuhi saraf pemikiran dengan kata-kata indah. Bukan caci makian yang terlekat ditepinya.

Kata-kata umpama doa. Jangan kau berhenti kerana kebaikan, harus berhenti kerana keburukan. Pertuturan dan ungkapan kau yang tergugup-gugupkan, kau lakukan dengan kata-kata makian.

Think deep in yourself.

Friday 26 August 2011

Kata Kesat

Semakin lama aku perasan akan sesuatu tentang diri aku iaitu penggunaan kata kesat yang semakin pupus dari percakapan aku. Aku pun tidak tahu kenapa?

Adakah disebabkan perubahan yang berlaku pada aku? Keadaan sekeliling aku? Jika aku menggunakannya pun, aku tidak tahu untuk lemparkan kepada siapa! Jika ada, bernasib baiklah orang itu. Maaf!

Mungkin diri aku yang semakin diam ataupun kurang bercakap. Aku tiada teman yang boleh selalu bebual panjang hingga pagi, larut malam, senja petang ataupun diwaktu lapang. Aku mencari sesuatu untuk kepastiannya.

Tidak apalah, apa yang bagus menggunakan kata kesat itu kepada orang lain? Agar orang disekeliling akan takut dengan aku? Aku rasa tidak. Mungkin akan menyebabkan sesuatu perkara yang tidak harus berlaku ataupun akan menyebabkan hilang yang tidak harus hilang.

Bau-bau kata itu, sungguh menggerunkan . Tetapi lebih berbau lagi dari kata-kata berbau penipuan. Itu lagi dasyat! 

Patutnya aku bangga dengan perubahan aku, tetapi aku sedih akan cara perubahan aku. Bukan disebabkan cara pertuturan tetapi cara kehidupan. sighhhh! 

Amin ya rabbalalamin! Itu yang harus aku ungkapkan. Terima Kasih pada mulut yang semakin kurang aktif dan Terima Kasih kepada hati dan minda yang selalu bercakap. Pandainya aku, bercakap tanpa mengeluarkan suara. 

Perkara yang harus aku hindarkan iaitu kata-kata kesat! Semoga orang disekeliling aku selalu tersenyum dengan ikhlas akan karenah dan pertuturan aku yang diungkapkan dengan diserta gelak tawa yang mampu menghilang segala kesulitan bagi mereka bukanlah senyum kerana terpaksa. 

As-salam.

Tuesday 23 August 2011

Penat didalam penat.

1 penat.
2 penat..
3 penat...
4 penat....
5 tenat.....

Apa yang aku mencarut ini? Perbualan yang bermain diminda ketika penat. Sudah hampir 2 minggu aku bersengkang mata tanpa apa yang aku rasa cuma penat lelah. Waktu tidurku semakin berkurang, malah ia menambah keperitan didalam kepala.

Dari 8 jam ke 7 jam.
Dari 7 jam ke 6 jam.
Dari 6 jam ke 5 jam.
Dari 5 jam ke 4 jam dan semakin berkurang jam.

Semasa kerja tanpa aku sedar aku melelapkan mata dengan menatap dihadapan komputer lalu tanganku masih di tetikus yang dipegang begitu erat. Aku mendiamkan diri kerana penat tanpa sebarang pergerakan dan perbualan ataupun berkata-kata. Aku tersentak dengan mengejut, aku terus berucap kalimah Allah SWT. Terlelap aku rupanya. Aku menggelengkan kepala dengan memejamkan mata. ~.~

Lalu aku meletakkan tangan diatas meja serta buku lima kiri dan kanan aku disandarkan dibawah dagu dengan termenung. Tanpa sedari, aku terlelap lagi. Tidak boleh jadi! Aku menggerakkan tubuh untuk ke "pantry" untuk membasuh muka. Baru segar pandangan aku tapi sayang tak lama kesegaran itu.

Mengira waktu yang hampir 5.30 lalu aku bergegas berkemas dan pulang ke rumah. Tanpa membuka stokin aku terus baring di kerusi lalu aku tertidur.

Di waktu malam, aku baring sambil meletakkan tangan di dahi. Lalu aku bertanya badan "Kasihan kau, sanggup mengikuti kehendak aku yang membabi buta ini. Terima kasih." Lalu aku bertanya pada otak "Kau paling penting dalam diri aku tapi aku tidak melayan kau dengan baik, aku meminta maaf." Untungnya aku!

Aku merehatkan tubuh yang penat dan juga minda aku yang penat. Perkataan penat berulang kali bermain di kotak minda ku ini. Aku berfikir, dan aku mengendahkannya. Kerana kalau aku berfikir, aku akan bertambah penat, lantas aku buang perkataan itu lalu aku berimaginasi aku berbaring dipangkuan seseorang yang ambil berat tentang aku. Lalu aku tersenyum dan aku melelapkan mata.

Penat dibadan aku merehatkan didalam otak yang penat lantas aku merebahkannya lalu metafora dan protokol diri terus senyap tanpa sebarang kata. Melakukan pergerakan' penat dibadan, memikirkan sesuatu' penat diotak. Sentiasa saling berhubung kepenatan dan aku layu penat didalam penat!

Thursday 18 August 2011

Tumbuhan


Bermulanya aku mencari tulisan.
Agar aku mengerti terhadap kehidupan.
Bukan hanya sekadar dari percakapan.
Mudah, hadam dan ludah.